Ada masalah untuk melihat e-mel ini? Lihat versi dalam talian di sini

Dapatkan Surat Berita Worldwide dalam Berbilang Bahasa
English    华语     Melayu


Klik di sini untuk kongsi melalui WhatsApp



 
Worldwide Hotels
 
 

Mesej daripada
Ketua Pegawai Eksekutif Kami

Rakan Sekerja yang Dihormati,

Saya bersyukur kerana dapat mempengerusikan sendiri mesyuarat CEO pada bulan lepas. Bagi saya, ini menandakan keadaan sudah kembali normal, dan saya yakin pandemik yang lepas, kini sudah berakhir. Industri hotel Singapura juga sedang membangun kembali daripada pandemik ini, dan semakin kuat atas kerja keras dan komitmen daripada semua pihak. Mulai dari sekarang, saya akan tumpukan perhatian untuk menambahbaik semua proses organisasi, mengukuhkan budaya dan nilai-nilai teras kami dan melakukan perubahan supaya kita dapat mencapai visi kita untuk menjadi Kumpulan Hotel Jenama Singapura Terkemuka Dunia.

Terima kasih atas sokongan anda!

P.S. Pesta Makan Malam Kakitangan separuh tahunan kami akan diadakan pada April tahun depan! Yay!

Salam Mesra,

Carolyn Choo

 
Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels
 
 
 

Nilai-Nilai Teras & Pemacu Utama bagi Worldwide Hotels

 
 
Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels – Berbilang Bahasa
 
English   Chinese   Malay   Tamil
 
 
Janji & Ciri-Ciri Worldwide Hotels Dan 6 Jenama
 
 
Janji Jenama: Janji Jenama adalah janji kami kepada pihak berkepentingan, yang didukung dalam semua urusan kami, produk & perkhidmatan baharu, cara kami berkelakuan, cara kami berkomunikasi ... segala-galanya!

Ciri-Ciri Jenama: Ciri-ciri Jenama adalah sokongan yang akan membentuk Proposisi Jenama kami. Ia akan menetapkan bagaimana kami ingin jenama kami dilihat oleh semua pihak berkepentingan kami. Disebabkan ciri-ciri jenama kami akan digunakan untuk memastikan kami akan dapat menyampaikan proposisi jenama kami, ia akan digunakan untuk menanda aras segala perilaku & pertuturan kami.

Sila telitikan Janji & Ciri-Ciri bagi Worldwide Hotels dan 6 Jenama kami

PDF Janji & Ciri-Ciri Worldwide Hotels Dan 6 Jenama
 
 
Worldwide Hotels - Survei Nilai Teras Kami 2022
 
 
Kami akan menjalankan Survei Nilai-Nilai Teras 2022 pada 14 November..

Keputusan yang diperoleh akan membantu menentukan bidang mana yang telah diperbaiki, dan bidang mana yang perlu lebih banyak diusahakan dan diberikan fokus.

Pelan dan Tindakan Strategik akan dibincangkan secara khusus dalam usaha kami untuk memastikan kejayaan Worldwide Hotels dan menyediakan persekitaran kerja yang inklusif.

Penting: Semua maklumat yang disediakan dalam Survei Nilai-Nilai Teras Kami akan dirahsiakan sepenuhnya dan akan dikendalikan dengan sepenuh kerahsiaan.
 
 
Pendapat Anda Penting
 


Seperti yang diulaskan dalam Tinjauan Nilai-Nilai Teras 2021 Kami, respons dan pandangan anda adalah amat penting. Pendapat anda yang dihargai akan terus membantu dalam membentuk Nilai-Nilai Teras Kami dan mengukuhkan Worldwide Hotels. Maklum balas anda akan membantu kami untuk memahami kebimbangan anda dan menanganinya tepat pada waktunya. Sila klik pada pautan di bawah untuk memberikan maklum balas yang membina tentang kekurangan yang boleh diperbaiki.

Semua penghantaran akan dirahsiakan dan akan dikendalikan oleh Ketua Sumber Manusia.

Hantarkan Pendapat/Maklum Balas Anda
 
 
Pemberitahuan Maklumat
 


Untuk tujuan tadbir urus, syarikat menggalakkan mana-mana pekerja untuk bebas mendedahkan atau memberitahu kebimbangan mereka tentang kesalahan yang telah berlaku atau yang mungkin berlaku.

Pemberi maklumat boleh menulis kepada Ketua Jabatan anda atau Pembantu Timbalan Presiden, Sumber Manusia Kumpulan (elainechan@wwhotels.com).

Untuk kejadian serius yang mungkin merisikokan kebebasan bersuara, pemberitahu maklumat boleh menulis terus kepada CEO (CEO - carolyn@wwhotels.com).
 
 


Seiring dengan Nilai-Nilai Teras Kami dan untuk memastikan sepenuh persefahaman, sila ambil masa untuk mencuba permainan "WWH Kahoot! Gamification".

"WWH Kahoot! Gamification" adalah permainan yang amat mesra pengguna dan boleh digunakan untuk mempromosikan Nilai-Nilai Teras Kami dalam suasana baharu. Klik pada url di bawah "WWH Kahoot! Gamification"

Cara Untuk Bermain
 
 
Kategori Cemerlang
 
Program Penghargaan Semua Sekali WWH
 
 
Semua ahli pasukan Worldwide Hotels harus berusaha untuk menyampaikan layanan yang cemerlang dalam setiap aspek perkhidmatan tetamu.

Program Penghargaan Semua Sekali WWH akan mengiktiraf individu-individu pada setiap suku tahun, yang mana telah benar-benar mendukung Nilai-Nilai Teras Kami seperti berusaha lebih keras untuk meningkatkan pengalaman tetamu, menyelesaikan masalah dengan berkesan atau berkhidmat dengan cemerlang, dan sentiasa bersedia untuk membantu.

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Penerima Anugerah Program Penghargaan Semua Sekali WWH bagi S3 2022 atas prestasi cemerlang mereka.



En. Khoo Wee Seon - Credit Manager, Headquarters (Operations Finance)
En. Muhammad Afiq Yong Liew - Hotel Manager, Hotel 81 Heritage
En. Andrew Chee - Front Office Supervisor, Hotel Boss
Cik Joanne Diong Pei Pei - Executive Housekeeper, V Hotel Lavender
Puan Pagumasan Fatima Nur - Laundry Group Leader, Hotel Laundry

Tahniah diucapkan kepada mereka. Terima kasih kerana telah mematuhi Nilai-Nilai Teras Kami dalam membuat keputusan anda dan atas usaha anda untuk memastikan kejayaan Wordwide Hotels, dan menjadikannya tempat kerja yang baik dan bersepadu untuk kita semua. Terima kasih juga kerana masih mengekalkan tahap perkhidmatan dan layanan tetamu yang cemerlang pada masa yang mencabar ini.

Nama Butiran
En. Wee Seon Kerana Wee Seon telah terlalu banyak membantu dalam melaksanakan Opera Cloud di V Hotel Bencoolen, dia akhirnya telah dijadikan pusat sokongan utama bagi projek itu. Meskipun kerja ini berada di luar skop kerjanya, dia tetap berusaha untuk bekerja sebaik yang mungkin. Dia juga telah menyokong pasukan audit pendapatan, pasukan AR dan pasukan pejabat depan VBN, tanpa perlu diminta dan meskipun kerja itu bukan tugasnya.
En. Afiq Sebagai salah seorang Pengurus Hotel yang paling lama berkhidmat di Hotel 81 Heritage, Afiq banyak membantu menjalankan tugas pengemasan jika kekurangan tenaga kerja. Selama ini, Hotel 81 Heritage telah beroperasi dengan hanya 1 kakitangan pengemasan setiap hari dan Afiq membantu dalam kerja seperti menghantar linen, membuang sampah, dan membersih linen kotor supaya pekerja pengemas dapat memfokus pada kerja pembersihan bilik.
En. Andrew Sebagai seorang yang serba boleh, Andrew sering membantu mana-mana jabatan (Pejabat Depan, Pengemasan, Penyelenggaraan) pada bila-bila masa dia diperlukan. Dia turut membantu Pengurus Pejabat Depan membimbing kakitangan baharu apabila mereka ditugaskan sebagai Penyelaras Pengemasan. Jika ada kekurangan kakitangan, Andrew akan membantu memeriksa kebersihan bilik, membuat kerja suruhan lain, dan menyelesaikan isu-isu teknikal berkaitan tv/WiFi/ mesin basuh.
Cik Joanne Joanne adalah seorang yang sentiasa bersikap positif dan menginspirasikan di jabatannya. Dia sering membantu atendan bilik untuk mengemas pada hari-hari terdapat kekurangan tenaga kerja. Apabila atendan bilik bekerja lewat, dia akan juga akan bekerja lewat untuk memeriksa kerja mereka. Ada juga beberapa kali yang dia telah datang bekerja pada hari cuti untuk menyelia jabatan pengemasan kerana tiada penyelia yang bertugas pada waktu itu; dan dia juga yang akan merancang aktiviti pasukan bagi meningkatkan semangat dan kerja berpasukan. Kerana dialah pasukan pengemasan masih tetap bersama dalam tempoh yang mencabar sekarang ini.
Puan Fatima Fatima telah bekerja di jabatan dobi selama hampir 15 tahun dan telah dinaikkan pangkat menjadi ketua kumpulan selepas setahun sahaja bekerja dengan syarikat kami. Dia rajin bekerja dan sentiasa teliti dalam memastikan pengeluaran harian kita berjalan lancar. Selain melakukan tugas-tugasnya, dia juga akan memastikan item-item kegunaan hotel telah siap disediakan sebelum menyerahkannya kepada pemandu berserta dengan invois. Ada juga beberapa kali yang dia telah membantu memberi bantuan kecemasan dalam situasi

Maklumat lanjut tentang para Pemenang &
Program Penghargaan Semua Sekali WWH.
 
 
 
Sorotan
 
Kenaikan Pangkat & Penempatan Kakitangan
 
 
Kami ingin mengumumkan pekerja-pekerja berikut yang telah dinaikkan pangkat dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

Cik Tengku Sarinah - Promoted to Hotel Manager (Hotel 81 Star)
Cik Putri Nur Afzan - Promoted to Hotel Manager (Value Hotel Nice)
En. Leon Chan - Promoted to Hotel Manager (Hotel 81 Orchid)
En. Mohd Farizal - Promoted to Hotel Manager (Hotel 81 Joy & Spring)
En. Ryan Ng - Promoted to Duty Manager (Hotel Mi)
En. Leon Tan - Promoted to Duty Manager (V Hotel Bencoolen)
Cik Salma Selamat - Promoted to Assistant Manager (Hotel 81 Gold)
En. Fabian Ng - Promoted to Assistant Manager (Hotel 81 Orchid)
 
 
Sesi Bersama CEO bagi Pemenang ATP S3 2022
 
 
Majlis makan malam bersama pemenang ATP S3 2022, di Jubilicious, Hotel Boss. Kami berbangga dengan usaha dan komitmen mereka untuk bekerja keras dalam keadaan yang mencabar supaya menjadi lebih kuat. Usaha calon-calon yang lain turut dihargai, dan kami berharap lebih banyak pencalonan akan diterima pada suku-suku yang akan datang.

Tahniah kepada semua pemenang!
 
 
Taklimat CEO
 
 
Berikutan pelonggaran sekatan pada awal tahun ini, taklimat CEO telah diadakan secara bersemuka buat pertama kalinya. Pihak berkepentingan dan para pemimpin telah berkongsi dengan kita kemas kini penting mengenai HR, operasi, harta di dalam & di luar negara, ESG, usaha CSR dan banyak lagi. Sila semak dengan GM/HM/Ketua Jabatan masing-masing tentang kemas kini tersebut.
 
 
WWH Privileges
 
 
Kami mengajak anda untuk mendaftar bagi "Keistimewaan WWH" supaya dapat menikmati diskaun istimewa, selain menerima berita terkini dalam tawaran promosi dan cuti inap kami.

Untuk mendaftar, sila klik pada pautan ini: http://eepurl.com/hnGRWj dan isikan butiran anda seperti yang diminta. Semua data peribadi akan dirahsiakan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). (PDPA).
 
 
Ikuti Halaman Facebook & Instagram WWH
 
 
Berikan sokongan anda kepada perniagaan kami agar kami bersedia untuk menghadapi pembukaan semula sektor Pelancongan & Hospitaliti Singapura, dengan menyukai Halaman Facebook (FB) dan Halaman Instagram (IG) syarikat.

Instagram
Facebook
 
 
Pelaksanaan Opera PMS
 
 
V Hotel Bencoolen telah selesai beralih, sementara Hotel Mi masih dalam fasa PIW (fasa buku kerja pra-pemasangan) dan dijangka akan beralih sepenuhnya menjelang November 2022. Selepas itu, kami akan memulakan proses bagi V Hotel Lavender (mungkin pada November, dan selesai beralih pada Januari 2023) serta Hotel Boss (mulai Januari 2023 dan selesai beralih pada Mac 2023). 2 hotel baharu kami akan bermula dengan Opera.
 
 
Peningkatan Pekerja
 
 
3 Pengurus Hotel dari Hotel 81 telah melengkapkan 4 daripada 7 modul Diploma WSQ dalam Perkhidmatan dan Penginapan Hotel – SHATEC. Mereka sedang belajar dengan baik dan ada yang mendapat keputusan cemerlang dalam sesetengah modul! Pengajian mereka ini diharap akan dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam menyelesaikan cabaran harian dan memperbaiki aliran kerja operasi mereka. Kemahiran baharu yang diperoleh ini juga akan membantu pekerja bertugas dengan lebih baik, meluaskan pengetahuan mereka, bertambah bermotivasi, dan meningkatkan prestasi mereka. Semoga mereka berjaya melengkapkan Diploma mereka!

William Kah, Hotel 81 Selegie
Jasmine Toh, Hotel 81 Elegance
Dennis Zheng, Venue Hotel Lily 
 
 
Makan Malam Bersama Kakitangan Hotel Boss
 
 
Kakitangan Hotel Boss telah berpesta pada malam ini dengan makanan dan minuman yang lazat!
 
 
Mari Kita Mengenali...
 
Kumpulan pekerja Worldwide Hotels berasal dari semua golongan hidup. Selain berdedikasi terhadap kecemerlangan dalam hospitaliti, kesemuanya mempunyai hobi dan minat lain di luar kerja. Ayuh kenali...
 
Sayyid Fadhil Bin Hamzah
 
 
Senior Front Office Executive - V Hotel Bencoolen
Nota: Sesetengah foto telah diambil sebelum waktu COVID-19
 
Apakah fakta menarik tentang anda yang tidak diketahui kebanyakan rakan sekerja anda?
Saya mengambil gambar majlis perkahwinan pada hujung minggu kalau ada kelapangan, dan saya suka melancong dan menerokai tempat-tempat baharu!

Sila kongsikan 1 waktu atau peristiwa yang paling anda banggakan?
Peminat bola sepak pasti tahu betapa bermaknanya untuk dapat menonton pasukan kegemaran anda bermain secara LANGSUNG di stadium sendiri, dan saya telah pergi ke Stadium Anfield di UK untuk menonton pasukan Liverpool beraksi secara langsung.

Siapakah yang anda paling kagumi dan mengapa sebabnya?
Sudah tentunya ibu bapa saya!

Mereka yang sentiasa menyokong saya, dan melayan kerenah saya sampai sekarang. Kadang-kadang, saya pun terfikir sama ada saya boleh menjadi sesabar mereka apabila saya ada keluarga sendiri nanti.

Apakah yang mendorong/memotivasikan anda?
Melawat tempat-tempat terpencil di negara-negara luar. Saya pernah melawat Pulau Faroe dan Iceland.

Berada di pulau terpencil yang tidak diketahui ramai membuat saya rasa teruja dan bebas!

Apakah hobi anda?
Selain daripada fotografi, saya suka bermain permainan jika ada kelapangan.
 
 
Mari Kita Mengenali...
Ho Chee Hoong
 
 
Hotel Attendant – V Hotel Bencoolen
Nota: Sesetengah foto telah diambil sebelum waktu COVID-19
 
Apakah fakta menarik tentang anda yang tidak diketahui kebanyakan rakan sekerja anda?
Saya seorang pemuzik di gereja Methodist Commonwealth, di mana saya bermain gitar dan dram untuk kumpulan muzik gereja.

Sila kongsikan 1 waktu atau peristiwa yang paling anda banggakan?
Ada sekali itu, gereja saya mengadakan acara/pesta dan lebih daripada seribu pengunjung telah datang pada waktu kumpulan kami sedang bermain muzik. Itulah kali pertama saya membuat persembahan untuk penonton yang amat besar. Saya rasa amat gementar, tetapi saya memberanikan diri untuk bermain gitar bes dan penonton begitu menyukainya! Melihat mereka bersorak melihat persembahan kami adalah saat yang paling indah.

Siapakah yang anda paling kagumi dan mengapa sebabnya?
Kawan dalam kumpulan gereja saya adalah orang yang saya paling kagumi. Dia amat baik hati, pemurah dan suka berkawan. Dia juga suka membantu dan mudah untuk didekati. Yang peliknya, anda tak perlu memberitahu yang anda sedang ada masalah kerana dia boleh tahu dari gerak-geri anda sahaja. Dia akan terus duduk bersama anda untuk mendengar masalah anda.

Apakah yang mendorong/memotivasikan anda?
Saya suka muzik dari dahulu. Muzik adalah sebab saya menyertai gereja sebenarnya, dan saya telah berkhidmat di gereja lebih daripada 20 tahun. Melihat orang lain menghargai muzik saya membuat saya rasa gembira dan muzik akan terus menjadi sebahagian daripada hidup saya.

Apakah hobi anda?
Selain daripada muzik, saya suka mengaturkan perjumpaan, menonton wayang dengan rakan-rakan gereja saya dan berkumpul dalam suasana yang tenang dan santai.
 
 
Keluarga WWH
 
 
Tahniah kepada rakan-rakan sekerja yang telah menyambut cahaya mata pada S3 2022:

Salimah Bte Mahdi - V Hotel Lavender
Muhammad Shafiq Bin Hasan Ghani - V Hotel Lavender
Seah Boon Siong John - Hotel 81 Dickson
 
 
Kami Mencari Pekerja!
 
 
Untuk menyokong perniagaan kami yang semakin maju, kami mencari individu berbakat seperti anda, untuk bekerja di hotel-hotel kami! Jika anda mengenali seseorang yang difikirkan sesuai untuk menyertai organisasi kami, sila rujuk mereka kepada kami.

Jawatan Kosong:
  • Eksekutif Kanan Pejabat Depan
  • Eksekutif Pejabat Depan
  • Pegawai Perkhidmatan Tetamu
  • Juruteknik Penyenggaraan
  • Atendan Hotel
  • Atendan Bilik
  • Operator Dobi

  • Rujuk kawan anda untuk bekerja dengan kami dan dapatkan Bonus Rujukan sehingga $1,000 (untuk 40 rujukan pertama atau sehingga 31 Disember 2022, yang mana lebih awal) bagi setiap kemasukan yang berjaya. Tertakluk pada terma dan syarat! Sila hubungi Jabatan HR kami untuk maklumat lanjut tentang program ini!
     
     
    Penginapan Luar Negara
     
    Diskaun bagi penginapan luar negara kami ditawarkan kepada semua kakitangan Worldwide Hotels. Sila lihat kadar-kadar khas di bawah.
    Diskaun bagi penginapan luar negara kami ditawarkan kepada semua kakitangan Worldwide Hotels. Sila lihat kadar-kadar khas di bawah. Semua bilik ada menyediakan WiFi.
     
     
    Swiss Garden Hotel Bukit Bintang Kuala Lumpur
    Kadar sewa bilik semalaman:
    RM 160 BERSIH

    Termasuk sarapan pagi harian bagi 2 orang
    Travelodge Bukit Bintang
    Kadar sewa bilik semalaman:
    RM 120 BERSIH

    Pilihan sarapan pagi RM 20 BERSIH setiap orang setiap hari
       
       
    Travelodge Sukhumvit 11, Bangkok
    Kadar sewa bilik semalaman:
    THB 800 BERSIH
    Termasuk sarapan pagi harian bagi 2 orang
    Travelodge Pattaya
    Kadar sewa bilik semalaman:
    THB 700 BERSIH
    Termasuk sarapan pagi harian bagi 2 orang
     
       
    Ibis Budget Osaka Umeda
    Kadar sewa bilik semalaman:
    JPY 4,500 BERSIH

    Pilihan sarapan pagi JPY 1,000 Bersih setiap orang setiap hari
    Travelodge Dongdaemun, Seoul
    Kadar sewa bilik semalaman:
    KRW 55,000

    Termasuk sarapan pagi harian bagi 2 orang
     
       
    Holiday Inn Perth City Centre
    Kadar sewa bilik semalaman:
    AUD 100 BERSIH

    Termasuk sarapan pagi harian bagi 2 orang
    Ibis Styles Brisbane Elizabeth Street
    Kadar sewa bilik semalaman:
    AUD 100 BERSIH

    Termasuk sarapan pagi harian bagi 2 orang
     
     
    Terma dan Syarat:

    Untuk tempahan: Semua tempahan bilik perlu dibuat melalui unit Pembangunan Perniagaan untuk diproses melalui kod QR (di atas)

    ● Kakitangan perlu mendaftar masuk sendiri (iaitu tidak boleh menempah untuk kawan-kawan atau keluarga).

    ● Kakitangan layak untuk menempah sehingga 2 bilik per tempahan pada kadar eksklusif yang ditawarkan

    ● Semua tempahan perlu melalui akaun individu (bayar semasa daftar masuk).

    ● Untuk memastikan Kadar Kakitangan tidak akan disalahgunakan, Kadar Kakitangan tidak akan diluluskan jika sebarang tempahan dibuat terus dengan hotel tanpa pengesahan daripada unit Pembangunan Perniagaan.

    ● GM/GH di setiap hotel individu bertanggungjawab untuk mengesahkan kelayakan pekerja.

    ● Sebarang perubahan kadar akan dikemas kini tidak lama lagi.
     
     
    Hotel Pilihan

    Hotel 81 Bugis




    Bilakah Hotel 81 Bugis telah mula beroperasi?
    Hotel 81 Bugis telah mula beroperasi pada tahun 2006 dan hotel Bugis ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong, sebagai pusat membeli-belah yang terkemuka dan paling mampu dikunjungi di Singapura untuk mendapatkan item-item seperti cenderamata, aksesori, pakaian dan kosmetik.

    Terangkan tugas harian rakan-rakan sekerja anda di Hotel.
    Jabatan-jabatan yang ada di Hotel 81 Bugis adalah Pejabat Depan, Pengemasan Siang dan Malam, termasuk pasukan Pengemas Bilik.
    • Pejabat Depan
      Rakan-rakan sekerja kami di Pejabat Depan menjalankan berbilang tugas seperti memenuhi permintaan tetamu, menjawab pertanyaan dan aduan serta memastikan proses daftar masuk/keluar berjalan lancar tanpa lama menunggu. Maklumat terperinci tetamu seperti hari ketibaan/ketibaan akan datang juga sentiasa dikemas kini, dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan bilik mereka.

    • Pengemasan / Pengemas Bilik Siang / Malam
      Pasukan Pengemasan kami menjalankan tugas membersih di semua kawasan awam termasuk kawasan pentadbiran hotel. Mereka memastikan SOP hotel sentiasa dipatuhi dan mendapatkan item-item permintaan tetamu seperti tuala, berus gigi dan banyak lagi tepat pada waktunya. Jika sebarang kerosakan didapati, mereka akan memastikan ia dibaiki dan mereka juga menjalankan tugas-tugas tambahan jika diperlukan.

      Seluruh Pasukan Pengemasan telah dilatih untuk mematuhi prosedur keselamatan dan mensanitasi, dan telah dilatih sewajarnya dalam penggunaan bahan-bahan kimia yang betul untuk menyahjangkit. Selain itu, mereka juga menjaga bekalan inventori.

    Apakah yang anda atau rakan sekerja anda lakukan untuk memenuhi kepuasan atau keperluan tetamu?
    Kawalan kualiti adalah penting bagi mengekalkan kepercayaan tetamu kita. Sentiasa pastikan isu-isu yang belum diselesaikan diuruskan tepat pada waktunya dan secara betul, walaupun ini bermakna perlu meluangkan lebih masa. Sentiasa bersikap peramah dan profesional dan bersedia untuk membantu mereka pada bila-bila masa mereka memerlukannya. Jika kami dapat memenuhi keperluan tetamu, mereka akan suka untuk datang kembali ke hotel kami dan juga akan berkongsi pengalaman baik mereka ketika menginap dengan kami!

    Sentiasa melayan tetamu seperti keluarga.

    Fakta Menarik


     
     
    Mengenali Kejiranan Anda – Bugis
     
     
    Rakan sekerja kita, Hanny, telah bersiar-siar di Bugis untuk berkongsi beberapa tempat menarik yang tidak diketahui ramai, tetapi sebelum itu, tahukah anda?...

    Kampong Bugis adalah suatu kawasan di Singapura yang meliputi Jalan Bugis (sekarang terletak di kawasan membeli-belah Persimpangan Bugis). Dari tahun 1950-an ke 1980-an, Jalan Bugis dikenali sebagai sarang pelacuran dan transeksual, yang terkenal dalam kalangan pelawat antarabangsa. Ini telah menjadikan Singapura salah satu destinasi paling popular yang dikunjungi oleh pelancong asing pada waktu tersebut.

    Pada pertengahan tahun 1980-an, Jalan Bugis telah dibangunkan semula secara meluas untuk membina kompleks membeli-belah yang moden, restoran-restoran dan pusat-pusat hiburan malam selain pusat peniaga di tepi jalan. Pembinaan Stesen MRT Bugis sebelum ini turut menyebabkan pengusiran dan penamatan aktiviti dan budaya seks transeksual di sini, untuk mengakhiri satu lagi episod menarik dan unik dalam sejarah Singapura.

    Hari ini, Jalan Bugis yang asal telah menjadi lebuh luas yang bebatu buntar dan terletak di antara bangunan-bangunan di kompleks membeli-belah Persimpangan Bugis. Laluan ini yang dinamakan “Jalan Bugis” oleh Lembaga Promosi Pelancongan Singapura, sebenarnya telah dibangunkan daripada Jalan Bugis Baharu, yang sebelum ini dikenali sebagai Jalan Albert, dan kini diiktiraf sebagai “lokasi membeli-belah jalanan terbesar di Singapura”.

    Sekarang, mari kita kunjungi beberapa tempat menarik tidak diketahui ramai yang terletak di dalam Bugis sendiri!



    1. Sultan Mosque
    2. Mint Museum Of Toy
    3. CHIJMES
    4. Bugis Street
    5. Liang Seah Street
    6. Wanderlost Lounge (Halal)


     

    Tempat-Tempat Menarik Dalam Negara
    Paya Simpanan Sungei Buloh




     
    Di barat laut Singapura, terletak Taman Warisan ASEAN pertama di Singapura yang menempatkan pelbagai hidupan liar yang berlainan. Paya ini meliputi kawasan seluas 3,700 meter yang merangkumi pantai, denai hutan, laluan separa kanopi dan jejak burung hijrah.

    Diiktiraf sebagai tapak antarabangsa yang penting bagi burung hijrah, kawasan ini telah dianugerahkan sijil oleh Wetlands Antarabangsa, untuk meletaknya secara rasmi dalam Rangkaian Tapak Burung Pantai Asia Timur Australasia. Susuri denai-denai ekologi di sini untuk memerhatikan pelbagai hidupan yang ada seperti ikan belacak, ketam, kerang-kerangan, ular air, burung, labah-labah, biawak benggala dan memerang. Kagumi juga keindahan burung Heron, burung pekaka dan burung kelicap yang hidup di sini.

    Jalan ke sini
    Sambungan baharu ini terletak sepanjang Kranji Way, dan boleh diakses dengan mudah melalui pengangkutan awam untuk memudahkan orang awam mendatangi Sungei Buloh.

    Melalui Bas (Isnin hingga Sabtu): Naik Bas SMRT 925 dari Stesen MRT Kranji. Turun di Tempat Letak Kereta B Takungan Kranji dan lintas seberang jalan ke Pusat Pelawat.

    Melalui Bas (Ahad dan Cuti Awam): Naik Bas SMRT 925 dari Stesen MRT Kranji. Bas akan berhenti di pintu masuk Pusat Wetland. Sila perhatikan yang Bas SMRT 925M beroperasi hanya dari Persimpangan Woodlands pada Ahad dan Cuti Awam.

    Waktu buka taman: 7 pg. hingga 7 mlm. (Waktu masuk akhir: 6:30 ptg.)

    Apa Yang Perlu Dibawa?
    Bawa air minum sendiri, pelindung suria, penghalau serangga, kertas tisu dan beg plastik untuk membuang sampah. Jikalau anda ingin memerhatikan hidupan liar, bawa sekali teropong. Pakai pakaian yang selesa dalam warna-warna neutral (seluar panjang, lengan panjang dan topi), dan kasut berjalan yang selesa.

    Berteduh di tempat berlindung dan tempat pemerhatian semasa hujan ribut. Bawa sekali baju hujan atau payung sekiranya musim hujan!

    Apakah Aktiviti Menarik di Paya Simpanan Sungei Buloh?
    Memerhatikan kehidupan liar: Memandangkan Paya Simpanan ini menempatkan pelbagai jenis hidupan liar yang berlainan, anda mungkin bertembung dengan hidupan liar seperti memeram, babi hutan, kelawar, ular, dan juga buaya! Jangan bimbang kerana kebanyakan haiwan liar ini lebih suka untuk mengelakkan manusia, dan hanya akan menyerang jika dikacau.

    Mengkaji Burung: Paya ini amat sesuai untuk aktiviti mengkaji burung. Burung-burung di sini: Heron, burung pucung, burung pekaka, burung kelicap dan merpati. Tempat ini juga merupakan tempat persinggahan popular bagi burung-burung yang sedang berhijrah dari bulan September hingga Mac.

    Patuhi kod ini ketika mengkaji burung:
    - Jangan menakutkan burung-burung.
    - Jangan mengacau burung yang sedang mengeram.
    Mengkaji burung di paya ini memerlukan: kesabaran, penelitian, dan sepasang teropong yang bagus!

    Lawatan Jalan Berpandu: Belajar sambil meneroka dengan pemandu pakar yang berpengalaman. Sertai lawatan jalan berpandu percuma yang diadakan di sini setiap hujung minggu untuk belajar tentang pelbagai hidupan di dalam hutan bakau dan di pinggir Sungei Buloh. Perlu mendaftar.

    Fotografi Alam: Bersiar-siar sepanjang denai dan laluan pelantar sambil memerhatikan kehidupan liar di sini. Anda mungkin sahaja dapat menangkap beberapa foto yang menarik!




    Maklumat Lanjut Tentang Sungei Buloh

     
     
    Perkembangan Terkini

    Anda Lebih Sihat, Dengan SG Yang Lebih Sihat


     
     
    SG yang Lebih Sihat akan membantu meningkatkan kesihatan semua rakyat Singapura. Meskipun Kementerian Kesihatan (MOH) telah membina sistem jagaan kesihatan yang bagus di Singapura, kita perlu lebih fokus kepada kesihatan dan kualiti hidup bagi semua orang.

    Dengan SG yang Lebih Sihat, MOH akan membolehkan semua rakyat Singapura untuk
    a) Mengetahui doktor keluarga pilihan anda yang akan menyediakan penjagaan untuk anda
    b) Mengetahui langkah penjagaan yang boleh diambil untuk memperbaiki kesihatan anda
    c) Mengetahui bahawa anda boleh mengambil langkah untuk memperbaiki kesihatan anda pada bila-bila masa

    Maklumat lanjut


     
    Diwali / Deepavali
     
     
    Diwali / Deepavali, yang juga dikenali sebagai “Pesta Cahaya”, adalah salah satu perayaan paling penting yang diraikan oleh penganut Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini jatuh pada waktu yang sama dengan Tahun Baharu Hindu, dan ia menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan. Selain daripada hiasan lampu yang menarik, sajian makanan yang lazat, dan waktu-waktu bahagia bersama keluarga, perayaan ini juga menyedarkan kita tentang kehidupan supaya kita berubah menjadi lebih baik pada tahun hadapan, untuk kita memberi dan memaafkan, untuk kita berpadu dan bersatu, untuk kita mengejar kemakmuran dan kemajuan, dan banyak lagi.

    Semoga pesta cahaya ini menerangi hidup anda dengan sepenuh kemakmuran, kesihatan dan kebahagiaan. Selamat menyambut Diwali / Deepavali!
     
     
     
    Krismas & Tahun Baharu
     
     
    Hari Krismas yang jatuh pada Disember 25 diraikan oleh berbilion orang di seluruh dunia sebagai acara keagamaan dan kebudayaan untuk memperingati kelahiran Jesus Christ. Inilah waktunya untuk kita bersuka-suka, bergembira, dan meraikannya bersama mereka yang tersayang & kawan-kawan!

    Semoga musim Krismas ini berakhir dengan baik agar kita dapat menyambut Tahun Baharu dengan sepenuh keseronokan. Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu kepada semua orang!
     
     
    Penipuan Keldai Wang
     


    Dalam penipuan ini, anda akan menjadi sebahagian daripada sindiket pengubahan wang haram tanpa disedari. Penipu akan menyamar sebagai individu kesunyian yang mencari cinta dalam talian. Mereka akan berkawan dengan anda di media sosial atau laman mencari teman, dan selepas mendapat kepercayaan anda, akan meminta anda membuka akaun bank baharu atau gunakan akaun bank sedia ada anda untuk menerima dan memindahkan wang bagi mereka. Anda akan diminta memindahkan tunai yang telah dimasukkan itu kepada orang atau syarikat lain, yang biasanya berpangkalan di luar negara. Anda mungkin akan dijanjikan mendapat hadiah kecil kerana membantu seorang kawan dalam talian.

    Penipu juga mungkin akan menyiarkan iklan di laman mencari kerja dan platform sosial media. Anda akan dijanjikan mendapat komisen untuk menerima dan memindahkan wang.

    Bagaimana untuk menjaga keselamatan anda

    1. Jangan Benarkan Orang Lain Menggunakan Akaun Bank Anda
    - Jangan sekali-kali benarkan orang lain menggunakan akaun bank anda untuk melakukan transaksi. Anda mungkin melakukan jenayah pengubahan wang haram untuk penjenayah.
    - Pengubahan wang haram adalah suatu kesalahan serius. Pesalah boleh didenda sehingga $500,000 dan dipenjarakan selama 10 tahun.
    - Anda bertanggungjawab atas semua transaksi yang dilakukan oleh akaun anda.

    2. Jangan Beritahu Maklumat Anda Kepada Sesiapa Sahaja
    Jangan sekali-kali dedahkan butiran peribadi, perbankan dan kad kredit anda serta OTP.

    3. Lapor Kepada Pihak Berkuasa
    Jika anda mengesyaki anda telah menerima wang di bawah keadaan yang mencurigakan, segera laporkannya kepada bank dan Polis. Jangan lakukan apa-apa dengan wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun anda itu.


    Maklumat Lanjut
     
     
    Gaya Hidup
     
    Pentingnya Adab Tertib di Telefon

    “Jikalau anda tahu bahawa reputasi yang terbina selama 20 tahun boleh dimusnahkan dalam 5 minit sahaja, anda pasti akan menukar cara anda melakukan sesuatu”. - Warren Buffet

    Adab bercakap di telefon memainkan peranan penting dalam industri hospitaliti, seperti cara menyapa pemanggil, nada suara kita, pilihan kata-kata, perhatian yang diberikan dan cara panggilan ditamatkan. Ia sentiasa harus menggambarkan sikap profesional, bersopan, dan menghormati supaya dapat meninggalkan tanggapan baik yang akan memenangi kesetiaan dan kepercayaan tetamu.

    Ada beberapa teknik asas yang patut diamalkan semasa menjawab apa-apa panggilan:
     
     
    Tip #1
    Pantas Menjawab Panggilan

    Jawab panggilan dalam masa 3 kali dering untuk menunjukkan keprofesionalan dan dedikasi kepada kerja anda.
     
     
    Tip #2
    Kenalkan Diri

    Sentiasa kenalkan diri anda dan unit kerja anda selepas menyapa tetamu.
       
     
    Tip #3
    Tanya Jika Ada Pertanyaan Lain Secara Sopan

    Selepas memberikan maklumat yang sewajarnya, sentiasa tanya dengan sopan jika tetamu ada apa-apa pertanyaan lain.
       
     
    Tip #4
    Sahkan Butiran

    Semak butir-butiran dengan tetamu supaya tiada ruang untuk kekeliruan atau kesilapan.
       
       
     
    Tip #5
    Akhiri Perbualan Secara Sopan

    Sentiasa tamatkan panggilan dengan elok dan kata-kata penutup seperti “Semoga ceria hari ini” dan tamatkan panggilan selepas tetamu.
       

    Bagaimana untuk Menangani Pelanggan yang Marah


    Kita akan membincangkan petua dan strategi untuk melayan pelanggan yang cerewet. Anda akan belajar cara untuk menenangkan situasi supaya pelanggan menjadi lebih tenang, dan isu yang menyebabkan masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah.

     
     
     
    Tahniah kepada Pemenang
    Pop Kuiz Julai 2022
     
    V Hotel Bencoolen Ng Lip Sek
    General Manager
     
    Hotel 81 Hollywood Steven Law
    Senior Front Office Executive
     
    Hotel 81 Palace Munirah Bte Zulkefli
    Senior Front Office Executive
     
    Hotel 81 Bugis Wong Anak Balang
    Housekeeping
     
     
     
    Pop Kuiz!

    Ambil Pop Kuiz kami untuk peluang memenangi Percutian Menginap 2H1M untuk 2 orang dengan sarapan pagi + baucar makan di hotel-hotel yang mengambil bahagian!

    Peraduan akan tamat pada 15 Disember 2022. Pemenang akan diumumkan sebelum Januari 2023.

    Ambil kuiz di sini!
     
    Worldwide Worldwide Hotels kini memiliki dan mengurus 6 jenama hotel di Singapura; Hotel Boss, V Hotel, Hotel Mi, Value Hotel, Venue Hotel dan Hotel 81. Jenama-jenama ini merangkumi lebih 6,500 buah bilik dalam 38 buah hotel, menjadikan Worldwide Hotels sebagai kumpulan hotel berskala sederhana Singapura yang terbesar di dalam negeri.
     

    Owned & managed
     
        
     
           
     
    Lihat arkib Surat Berita Worldwide
    2022 Jul       2022 Apr       2022 Jan       2021 Oct       2021 Jul      
    2021 Apr       2021 Jan       2020 Oct       2020 Jul       2020 Jan      2019 Oct