Ada masalah untuk melihat e-mel ini? Lihat versi dalam talian di sini

Dapatkan Surat Berita Worldwide dalam Berbilang Bahasa
English    华语     Melayu


Klik di sini untuk kongsi melalui WhatsApp



 
Worldwide Hotels
 
 

Mesej daripada Ketua
Pegawai Eksekutif Kami

Rakan Sekerja yang Dihormati,

3 bulan sudah berlalu semenjak kebimbangan dan kerisauan yang dirasai berkenaan ahli-ahli pasukan yang telah dijangkiti Covid. Mujurlah mereka yang dijangkiti hanya mengalami simptom-simptom ringan atau langsung tiada simptom, dan kini telah pulih. Saya amat berterima kasih atas kerjasama, empati, dan sokongan yang telah ditunjukkan oleh semua orang. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sekerja yang sanggup datang bekerja pada hari cuti mereka kerana kekurangan kakitangan. Meskipun bulan-bulan yang akan datang adalah masih mencabar, saya yakin kita akan bertambah kuat jika kita kekal berteguh dan bersatu sebagai satu pasukan.

Terima kasih atas sumbangan anda dan saya amat menghargai sokongan anda.

Salam Mesra,

Carolyn Choo

 
Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels
 
 
 

Nilai-Nilai Teras & Pemacu Utama bagi Worldwide Hotels

 
 
Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels – Berbilang Bahasa
 
English   Chinese   Malay   Tamil
 
 
Keputusan Tinjauan Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels 2021
 
 
Terima kasih kepada anda semua kerana telah melengkapkan Tinjauan Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels 2021. Berdasarkan tinjauan yang dibuat pada tahun lepas, kami telah menumpukan fokus pada pandangan anda terhadap Nilai-Nilai Teras Kami. Kami menghargai maklum balas jujur yang telah diterima, yang mana kami akan gunakan untuk meningkatkan persekitaran kerja dan produktiviti kami. .  

Umumnya, respons tinjauan bagi setiap modul Nilai-Nilai Teras Kami telah menunjukkan keputusan yang positif. Ini amat menggalakkan kerana ia menggambarkan kekuatan asas kami dan menunjukkan Worldwide Hotels sedang menuju ke arah yang betul sebagai Organisasi Sihat yang memiliki budaya korporat yang kukuh.

Pada 2022, keputusan bagi tinjauan Nilai-Nilai Teras Kami akan digunakan untuk membantu kami menentukan bahagian yang telah menunjukkan kemajuan, dan bahagian yang perlu diusahakan lagi dan diberikan lebih fokus. Pelan dan Tindakan Strategik kami juga akan diuruskan secara spesifik supaya kami dapat memastikan kejayaan Worldwide Hotels dan menyediakan persekitaran kerja yang inklusif.
 
 
 
Pendapat Anda Penting
 


Seperti yang diulaskan dalam Tinjauan Nilai-Nilai Teras 2021 Kami, respons dan pandangan anda adalah amat penting. Pendapat anda yang dihargai akan terus membantu dalam membentuk Nilai-Nilai Teras Kami dan mengukuhkan Worldwide Hotels. Maklum balas anda akan membantu kami untuk memahami kebimbangan anda dan menanganinya tepat pada waktunya. Sila klik pada pautan di bawah untuk memberikan maklum balas yang membina tentang kekurangan yang boleh diperbaiki.

Hantarkan Pendapat/Maklum Balas Anda
 
 
 
Pemberitahuan Maklumat
 


Untuk tujuan tadbir urus, syarikat menggalakkan mana-mana pekerja untuk bebas mendedahkan atau memberitahu kebimbangan mereka tentang kesalahan yang telah berlaku atau yang mungkin berlaku.

Pemberitahu maklumat boleh menulis kepada Ketua Jabatan anda atau Sumber Manusia (HR - dawnlim@wwhotels.com).

Untuk kejadian serius yang mungkin merisikokan kebebasan bersuara, pemberitahu maklumat boleh menulis terus kepada CEO (CEO - carolyn@wwhotels.com).
 
 


Seiring dengan Nilai-Nilai Teras Kami dan untuk memastikan sepenuh persefahaman, sila ambil masa untuk mencuba permainan "WWH Kahoot! Gamification ".

"WWH Kahoot! Gamification" adalah permainan yang amat mesra pengguna dan boleh digunakan untuk mempromosikan Nilai-Nilai Teras Kami dalam suasana baharu. Klik pada url di bawah "WWH Kahoot! Gamification"

Cara Untuk Bermain
 
 
Kategori Cemerlang
 
Program Penghargaan Semua Sekali WWH
 
 
Semua ahli pasukan Worldwide Hotels harus berusaha untuk menyampaikan layanan yang cemerlang dalam setiap aspek perkhidmatan tetamu.

Program Penghargaan Semua Sekali WWH akan mengiktiraf individu-individu pada setiap suku tahun, yang mana telah benar-benar mendukung Nilai-Nilai Teras Kami seperti berusaha lebih keras untuk meningkatkan pengalaman tetamu, menyelesaikan masalah dengan berkesan atau berkhidmat dengan cemerlang, dan sentiasa bersedia untuk membantu.

Kami, dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada Penerima Anugerah Program Penghargaan Semua Sekali WWH bagi S1 2022 atas prestasi cemerlang mereka.



Ms. Felicia Pang - Accounts Officer, HQ
Ms. Salma Binte Selamat - FOE, Hotel 81 Gold
Mr. Chin Chee Tian - HK, Hotel 81 Star
Mr. Tan Kim Hock - HK, Hotel Mi
Mr. Hemon Bin Ronggitam - HK, Hotel 81 Tristar

Tahniah diucapkan kepada mereka. Terima kasih kerana telah mematuhi Nilai-Nilai Teras Kami dalam membuat keputusan anda dan atas usaha anda untuk memastikan kejayaan Wordwide Hotels, dan menjadikannya tempat kerja yang baik dan bersepadu untuk kita semua. Terima kasih juga kerana masih mengekalkan tahap perkhidmatan dan layanan tetamu yang cemerlang pada masa yang mencabar ini.

Name Details
Cik Felicia Felicia telah memaparkan inisiatif yang hebat dan minat untuk mencari cara-cara lain bagi memperbaiki aliran kerja dalam proses pembayaran dalam talian. Dia telah mencadangkan penggunaan perisian percuma bernama PDF Merger & Splitter untuk menggabungkan semua invois dengan dokumen sokongan (sebut harga, kontrak, pesanan belian, arahan serahan, dll.) ke dalam satu fail. Ini telah berjaya meningkatkan kecekapan proses pembayaran dalam talian. Felicia juga sentiasa bersedia untuk membantu rakan-rakan sekerja yang memerlukan bantuan.
Cik Salma Salma adalah pekerja yang berdedikasi, dengan kemahiran tinggi dalam perkhidmatan pelanggan. Dia adalah kakitangan yang amat peramah dan sentiasa ceria, dan selalu tersenyum apabila berjumpa dengan tetamu & rakan sekerja. Seluruh pasukan semakin bersemangat semenjak kemasukannya. Beliau sentiasa bersedia untuk menjalankan syif dan berusaha sebaik mungkin untuk membantu kerja merekrut.
En. Chin Chin bersikap positif dalam bekerja. Beliau sentiasa menyiapkan kerja tepat pada waktunya dan sedia menerima cabaran serta tanggungjawab di luar skop kerja. Selain komited pada kerja dan bersikap peramah, Chin turut mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan sekerja. Bagi memastikan keselesaan tetamu yang menginap lama di sini, Chin sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk membantu mereka, seperti memesan makanan atau memanggil teksi. Chin juga pernah membantu menyarungkan kasut untuk tetamu penginap lama di sini yang ada masalah untuk bergerak.
En. Tan Tan sentiasa mengambil inisiatif untuk mengemas kini pengurus tentang inventori stok tanpa diminta, dan menjaga semua bekalan stok pantri dan linen. Selain itu, memandangkan kami kini berfungsi sebagai Fasiliti Pengasingan Komuniti dan perlu mematuhi protokol keselamatan yang ketat, beliau sentiasa memberi maklum balas kepada pengurus tentang kekurangan yang boleh diperbaiki. Kami ucapkan terima kasih dan kami amat menghargai sumbangan pentingnya dalam menjaga pengurusan sampingan.
En. Hemon Hemon sentiasa melakukan kerja di luar skop tugasnya seperti menggantikan lampu di laluan luar dan membasuh cadar. Kami di Venue Hotel menghargai inisiatif beliau yang rajin menggantikan mentol lampu tanpa diminta melakukannya. Beliau bersikap positif dan sentiasa melaksanakan tugasnya dengan baik.

Maklumat lanjut tentang para Pemenang &
Program Penghargaan Semua Sekali WWH.
 
 
Kemas Kini WWH C.A.R.E.S
 
 
WWH C.A.R.E.S
Clean - Attentive - Reliable - Environment - Safety

Sila terus tingkatkan pengetahuan anda dengan Program WWH C.A.R.E.S kita dan dipatuhi Langkah Pengurusan Selamat kita.

Langkah-Langkah Kita Sekilas Pandang



Bersandarkan Nilai-Nilai Teras Kami dan pengalaman hospitaliti di Singapura sepanjang 25 tahun lepas, komitmen Worldwide Hotels C.A.R.E.S mengutamakan pematuhan protokol kesihatan dan kebersihan yang ketat untuk memastikan kesejahteraan tetamu dan pekerja kami. Worldwide Hotels sentiasa mengawasi dan menyemak protokol kebersihan agar ia menepati standard pengesahan Agensi Alam Sekitar Negara.

Kami akan sentiasa memperbaiki langkah-langkah kesihatan dan keselamatan kami, jadi sila ambil masa untuk menyemak Laman Penambat WWH C.A.R.E.S. dan Langkah-Langkah Utama yang telah dikemas kini.

Maklumat lanjut tentang rupa baharu
 
 
Sorotan
 
Tabung Bantuan Banjir Semua Sekali WWH
 
 
Keluarga dan kampung halaman rakan-rakan sekerja di Malaysia yang terkesan akibat banjir.
Nota: Foto-foto telah disiarkan dengan kebenaran rakan-rakan sekerja yang terlibat.
 
Akibat hujan lebat, angin kuat dan banjir di Semenanjung Malaysia pada awal Januari 2022, beberapa rakan sekerja kami di Malaysia telah kehilangan rumah mereka dan terjejas buruk daripada bencana banjir. Keluarga mereka juga telah dipindahkan dari kawasan yang terjejas ke pusat pemindahan yang ditetapkan.

Sebagai organisasi yang inklusif dan penyayang, Worldwide Hotels telah menubuhkan Tabung Bantuan Banjir Semua Sekali WWH untuk membantu pekerja yang terjejas dalam waktu-waktu mencabar ini. Seramai 5 pekerja yang terjejas telah dibantu melalui Tabung Bantuan Banjir Semua Sekali WWH tersebut.

Terima kasih atas segala doa dan sokongan moral anda kepada pekerja-pekerja yang terjejas dan keluarga mereka di Malaysia, dan kami ingin memberitahu anda bahawa keadaan keluarga mereka telah kembali baik dan selamat. Kami ingin kongsikan foto-foto yang disumbangkan oleh rakan-rakan sekerja yang terjejas.
 
 

Keistimewaan WWH
 
 
Kami mengajak anda untuk mendaftar bagi "Keistimewaan WWH" supaya dapat menikmati diskaun istimewa, selain menerima berita terkini dalam tawaran promosi dan cuti inap kami.

Untuk mendaftar, sila klik pada pautan ini: http://eepurl.com/hnGRWj dan isikan butiran anda seperti yang diminta. Semua data peribadi akan dirahsiakan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). 
 
 

Ikuti Halaman Facebook & Instagram WWH
 
 
Berikan sokongan anda kepada perniagaan kami agar kami bersedia untuk menghadapi pembukaan semula sektor Pelancongan & Hospitaliti Singapura, dengan menyukai Halaman Facebook (FB) dan Halaman Instagram (IG) syarikat.

Instagram
Facebook
 
 
Peminjaman Kakitangan
 
 
Pada 2020 & 2021, beberapa rakan sekerja di HQ telah dipinjamkan ke hotel-hotel di bawah kontrak Penguasa Tanah Singapura bagi menyokong operasinya. Peminjaman ini adalah pengalaman baharu bagi peserta untuk meningkatkan kemahiran mereka agar lebih memahami aliran kerja serta cabaran yang dihadapi oleh Pasukan Ops. Kami telah berbual dengan tiga rakan sekerja kami; Cik Maria dari Perakaunan di HQ, Cik Elvina & En. Gino dari Penempahan di HQ.

Apakah perkara pertama yang terfikir apabila mula-mula diberitahu tentang peminjaman ini?
Elvina: Takut! Menurut apa yang diberitahu tentang tugas yang perlu dibuat, saya agak risau jika tidak dapat memenuhi skop kerja yang berlainan.

Maria: Sedih! Tetapi, saya pujuk diri sendiri untuk mencuba dan belajar tentang kerja lapangan.

Gino: Ingin mengenali rakan-rakan sekerja di hotel dan aspek-aspek berlainan dalam operasi hotel.

Apakah kebimbangan anda dan bagaimanakah anda menyesuaikan diri?
Elvina: Di Hotel Mi, saya telah disambut dengan baik oleh GM En. Kusaka dan En. Kenny Goh. Saya telah menyertai pasukan mereka, dan bantuan tambahan akan diberikan jika beban kerja terlalu besar.

Maria: Saya paling risau jika hotel tersebut boleh menerima saya. Saya mulanya ditempatkan di VHB dan selepas itu, di HMI. Kedua-dua hotel membuat saya rasa selesa dan senang bekerja. En. Gwee dan Cik Michelle amat mementingkan kebersihan bilik dan protokol keselamatan. Ini membuat saya rasa selamat kerana prosedur mesti dipatuhi dengan ketat.

Gino: Awalnya, saya bimbang tentang keselamatan kerana VLV sedang berfungsi sebagai Fasiliti Khusus Notis Duduk Di Rumah. Saya juga kurang yakin untuk bekerja dengan pasukan yang tidak biasa bagi saya. Saya mendapati mereka adalah pasukan yang amat teratur dan rapat, dan semua ahli akan saling membantu jika diperlukan.

Apakah pendapat anda sekarang, setelah melalui proses peminjaman anda?
Elvina: Saya rasa gembira kerana telah dapat belajar perkara baharu sambil menikmati pengalaman yang seronok.

Maria: Suatu pengalaman yang amat baik. Seluruh pasukan rakan sekerja telah bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Saya rindu pada mereka.

Gino: Mengimbas kembali, ia merupakan pengalaman yang baik. Pengalaman ini telah membantu saya untuk belajar menyesuaikan diri dengan berbagai arahan yang diberikan bagi memenuhi keperluan/garis panduan STB atau MOH yang sering berubah-ubah.
 
 
Pasukan Pengawasan Keselamatan & Perlindungan - Hotel Boss
 
 
Semenjak 2016, wakil Hotel Boss telah menyertai Perjumpaan SSWG (Pasukan Pengawasan Keselamatan & Perlindungan) dan mesyuarat TTX dengan Pusat Polis Kejiranan Rochor, yang diadakan dua kali setahun di Kompleks Kantonmen Polis, bilik majlis di Hotel Boss atau mesyuarat secara maya, untuk memaklumkan dan berkongsi maklumat tentang jenayah dan keselamatan. Maklumat ini akan disampaikan kepada pihak pengurusan di Hotel Boss.

SSWG TTX: Latihan Perbincangan Meja Pasukan Pengawasan Keselamatan & Perlindungan Perjumpaan SSWG: Perjumpaan Pasukan Pengawasan Keselamatan & Perlindungan  

Topik:
A. Pengurus-pengurus bangunan dari bangunan-bangunan yang berjiran digalakkan mengenali satu sama lain.
B. Mengumpulkan sumber seperti pegawai keselamatan semasa krisis, contohnya ancaman bom.
C. Berkongsi maklumat tentang jenayah, ancaman pengganas, kawasan berkumpul kecemasan, dll.
 
 
Kami Mencari Pekerja!
 
 
Untuk menyokong perniagaan kami yang semakin maju, kami mencari individu berbakat seperti anda, untuk bekerja di hotel-hotel kami! Jika anda mengenali seseorang yang difikirkan sesuai untuk menyertai organisasi kami, sila rujuk mereka kepada kami.

Jawatan Kosong:
  • Eksekutif Kewangan (Kewangan Korporat)
  • Eksekutif Kanan Pejabat Depan
  • Eksekutif Pejabat Depan
  • Pegawai Perkhidmatan Tetamu
  • Juruteknik Penyenggaraan
  • Atendan Hotel
  • Atendan Bilik
  • Operator Dobi 

  • Rujuk kawan anda untuk bekerja dengan kami dan dapatkan Bonus Rujukan sehingga $500 bagi setiap kemasukan yang berjaya. Tertakluk pada terma dan syarat! Sila hubungi Jabatan HR kami untuk maklumat lanjut tentang program ini!

     
     
    Penghargaan Kakitangan - COVID 19 +
     
     
     
    Beberapa orang rakan sekerja di Worldwide Hotels telah dijangkiti COVID-19 dan berada dalam pengasingan di pusat Kerajaan. Untuk menceriakan mereka yang berada dalam pengasingan, kami telah menghantarkan bakul hadiah kepada mereka. Terus bertahan!
     
     
    Mari Kita Mengenali...
     
    Kumpulan pekerja Worldwide Hotels berasal dari semua golongan hidup. Selain berdedikasi terhadap kecemerlangan dalam hospitaliti, kesemuanya mempunyai hobi dan minat lain di luar kerja. Ayuh kenali...
     
    Muhd Safwan Mustafah
     
     
    Pengurus Pemangku Latihan Pengemasan - Hotel 81 Sector
    Nota: Sesetengah foto telah diambil sebelum waktu COVID-19
     
    Apakah fakta menarik tentang anda yang tidak diketahui kebanyakan rakan sekerja anda?
    Saya pandai bermain alat muzik, terutamanya gitar dan dram. Saya belajar bermain muzik sejak dari umur 7 tahun. Irama dan lagu, ini merupakan bahasa sejagat yang amat menarik.

    Sila kongsikan 1 waktu atau peristiwa yang paling anda banggakan?
    Satu peristiwa khusus adalah kerja pertama saya di Hotel 81 pada 2007. Saya telah melihat sendiri bagaimana syarikat itu berkembang. Saya juga berpeluang bekerja dengan ramai rakan sekerja syarikat yang baik hati dan suka membantu. Pengalaman ini telah membantu saya untuk memahami budaya-budaya lain dan menghargai perbezaannya.

    Saya mula bekerja sebagai Atendan Bilik di 81 Chinatown. Saya sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Jadi, saya rasa bersyukur kerana diberikan peluang dan keyakinan untuk meningkatkan kemahiran saya dalam syarikat ini, bersama dengan pengurus-pengurus lain yang hebat terutamanya Madam Diong, En. Patrick Tay, En. Afiq Yong, yang telah banyak membantu pencapaian saya hari ini.

    Siapakah yang anda paling kagumi dan mengapa sebabnya?
    Datuk saya adalah seorang individu yang amat hebat. Dia bersifat amat jujur, adil dan berdisiplin. Dia juga banyak mengajar saya tentang kehidupan. Dia telah berusaha sendiri untuk berjaya dan sering bercerita tentang usaha keras dan pentingnya keluarga yang bersatu.

    Apakah yang mendorong/memotivasikan anda?
    Persekitaran yang positif, bekerja dengan baik dengan semua pasukan, dan peluang untuk memperoleh kemahiran baharu dan pembangunan dalam menguruskan hotel. Saya sentiasa berusaha untuk memastikan pelanggan akan menikmati pengalaman yang terbaik. Ini adalah penting secara peribadi dan demi pembangunan diri saya, dan untuk syarikat mencapai lebih banyak kejayaan.

    Apakah hobi anda?
    Saya suka menunggang basikal, berenang, mendengar muzik, melawati tempat-tempat baharu, dan bersiar-siar di bandar bersama dengan isteri saya. Dan sudah tentunya, saya suka berjalan! Sambil menyihatkan badan, kita boleh menikmati keadaan sekeliling.
     
     
    Mari Kita Mendekati...
    Nina Maharani
     
     
    Eksekutif Kanan Pejabat Depan – Hotel 81 Lucky
    Nota: Sesetengah foto telah diambil sebelum waktu COVID-19
     
    Apakah fakta menarik tentang anda yang tidak diketahui kebanyakan rakan sekerja anda?
    Saya pemboros, tetapi saya bekerja keras dan tidak bergantung pada sesiapa. Saya pencinta minyak wangi jadi, saya mempunyai koleksi minyak wangi yang amat besar, dan saya akan teruskan hobi ini. Saya dilahirkan dalam keluarga budaya campur dengan agama-agama berlainan. Ibu bapa saya adalah orang Indonesia, tetapi ibu saya adalah penganut bebas bangsa Cina Indonesia, dan ayah saya penganut Islam Indonesia. Adik-beradik saya beragama Kristian dan saya sendiri seorang Katolik, jadi saya menyambut Hari Raya, Krismas dan Tahun Baharu Cina.

    Sila kongsikan 1 waktu atau peristiwa yang paling anda banggakan?
    Saya bangga dengan diri sendiri. Saya telah meninggalkan negara saya untuk bekerja, pada umur amat muda, dan tanpa banyak kemahiran atau ilmu. Sepanjang perjalanan itu, saya telah mendapat ramai kawan, dan pernah berkawan dengan tetamu Jepun yang merupakan penulis majalah pelancongan. Setelah balik ke Jepun, dia ada mengirimkan salinan majalahnya yang memparkan tentang saya!

    Siapakah yang anda paling kagumi dan mengapa sebabnya?
    Saya mengagumi kedua ibu bapa saya. Mereka mengajar saya untuk menjadi baik, bersabar dan membantu. Saya rasa bersalah kerana bekerja di luar negara, tetapi mereka sentiasa menyokong dan menyayangi saya. Selain itu, saya juga mengagumi Cik Diong Pei Ling. Dia adalah mentor saya, rakan baik saya, dan saya menghormatinya kerana sentiasa memprioritikan kerja. Dia sentiasa berfikiran positif dan rajin bekerja. Kami bertemu pertama kalinya semasa beliau bertugas sebagai pengurus hotel di Hotel 81 Chinatown pada 2010, dan terus berkawan semenjak itu. Saya mengagumi kesungguhannya, dan kami sentiasa luangkan masa untuk bertemu.

    Apakah yang mendorong/memotivasikan anda?
    Rakan-rakan sekerja di Hotel 81 adalah motivasi utama bagi saya. Saya diterima bekerja di Hotel 81 pada 2010. Saya kemudiannya meletak jawatan tetapi kembali bekerja pada 2012. Saya amat bersyukur kerana Hotel 81 menerima saya seadanya, dan saya telah bekerja di sini hampir 10 tahun. Hubungan antara saya dan rakan-rakan sekerja di Hotel 81 inilah yang memotivasikan saya untuk bekerja. Saya menganggap rakan-rakan sekerja saya sebagai keluarga sendiri.

    Apakah hobi anda?
    Hobi saya termasuk bersenam dan berlari, dan saya juga suka yoga, berenang, bermain badminton dan mengembara. Mungkin anda boleh ikut serta lain kali? Jangan segan untuk menghubungi saya! 🤗
     
     

    Keluarga WWH
     
     
    Tahniah kepada rakan-rakan sekerja yang telah menyambut cahaya mata pada S1 2022:

    S Davanand - Value Hotel Nice
    Fredrick Panai Ipai - Maintenance Team
    Tracy Chen Jiayi - HQ
     
     
     
    Hotel Pilihan

    Hotel 81 Premier Star




    Bilakah Hotel 81 Premier Star mula beroperasi?
    Hotel 81 Premier Star mula beroperasi pada 1 Januari 2000.

    Boleh terangkan peranan harian bagi rakan-rakan sekerja anda di Hotel?
    • Pejabat Depan
      Pekerja Pejabat Depan biasanya adalah orang yang mendaftar masuk dan mendaftar keluar tetamu. Di Hotel 81 Premier Star pula, pekerja Pejabat Depan memegang berbilang peranan lain selain peranan di kaunter. Meskipun berperanan utama dalam melayan tetamu, mereka turut membantu dalam kerja pengemasan apabila rakan-rakan sekerja Pengemasan sedang sibuk melakukan tugas lain, terutamanya semasa pandemik ini.

      Berbanding hotel-hotel lain yang lebih besar, kami tidak mempunyai berbilang jabatan, jadi kami saling membantu di mana-mana tempat yang diperlukan.

    • Pengemasan
      Rakan sekerja kami di bahagian Pengemasan telah dilatih untuk memastikan standard kebersihan menepati jangkaan. Selain memastikan semua bilik tetamu dibersihkan demi keselesaan tetamu, mereka juga telah dilatih dalam pelbagai penggunaan bahan kimia. Mereka juga perlu membantu dalam OIC (Periksa Satu Item) seperti kerosakan, kebersihan penapis penghawa dingin dll. Kadang-kadang, mereka akan dipinjamkan ke cawangan syarikat jika terdapat kekurangan tenaga kerja.

    Apakah yang anda atau rakan sekerja anda lakukan untuk memenuhi kepuasan atau keperluan tetamu?
    Kami akan cuba untuk memenuhi semua permintaan tetamu sebelum ketibaan mereka. Semua maklum balas dan aduan akan diambil serius dan kami berusaha sedaya-upaya untuk memperbaiki perkhidmatan pelanggan kami. Semua orang akan disambut dengan senyuman.

    Fakta Menarik


     
     
     
    Mengenali Kejiranan Anda – Geylang
     
     
    Rakan-rakan sekerja kami, Patrick & Sarinah, telah bersiar-siar di Geylang untuk berkongsi beberapa tempat menarik yang tidak diketahui ramai, tetapi sebelum itu, tahukah anda?...

    Geylang sudah lama termaktub dalam sejarah Singapura dan ditunjukkan dalam peta-peta topografi awal sebagai kawasan paya dan ladang kelapa di tepi dan bersebelahan dengan muara Sungai Kallang, yang telah didiami oleh Orang Laut (gipsi laut) atau dipanggil orang biduanda Kallang (daripada mana sungai ini mendapat namanya) semasa ketibaan Raffles pada 1819.

    Geylang juga menempatkan salah satu penempatan Melayu tertua di Singapura iaitu, Geylang Serai.

    Kini, anda boleh bersiar-siar di sini untuk mengalami suasana yang sibuk.

    Mari kita beralih kepada tempat yang tersembunyi yang ditermui di Geylang!



    1. Geylang Serai
    2. Foo Hai Ch'an Monastery
    3. Sri Sivan Temple
    4. Tai Dong Teochew Duck Rice
    5. Green Chilli Chicken Rice (Halal)

     

    Tempat-Tempat Menarik Dalam Negara - Pulau-Pulau Selatan 



     
    Memikirkan aktiviti untuk dibuat pada hujung minggu ini? Jika anda ingin menikmati aktiviti yang tidak begitu sesak, cuba kunjungi pulau-pulau kami pada hujung minggu!

    Jalan ke sana
    Feri Marina Selatan dan Perkhidmatan Cruise dan Feri Pulau Singapura berulang-alik antara tanah besar dan Pulau-Pulau Selatan. Dengan tiket dua hala berharga $15, anda boleh berlepas dari Marina South Pier ke Pulau St. John (bersambung ke Pulau Lazarus melalui tambak), dan ke Pulau Kusu juga. Feri Marina Selatan akan turut berhenti di Pulau Big Sister (salah satu daripada dua Pulau Sister, yang ditutup pada masa ini). Dari tanah besar, perjalanan ke Pulau-Pulau Selatan ini akan mengambil masa kira-kira 30 minit.

    Untuk mengelakkan kehabisan tiket, sila tempah tiket anda dalam talian.

    Bagi pengunjung yang lebih fleksibel, anda boleh menyewa bot untuk mengunjungi Pulau-Pulau Selatan yang lain seperti Pulau Hantu (Island of Ghosts), yang disukai para penyelam. Berhati-hati apabila berenang atau berjalan di kawasan berbatu-batu.

    Apakah Benda Yang Perlu Dibawa?
    Bawa bersama botol air dan bekalan makanan anda sendiri. Pelindung suria, penghalau serangga, tisu, kain alas dan beg plastik juga adalah berguna. Jangan berikan makanan kepada monyet-monyet liar. Monyet-monyet di Pulau Big Sister terkenal dengan sikap agresif, jadi jauhi mereka dan sentiasa menjaga benda-benda anda.

    Apakah Aktiviti Menarik Di Pulau Selatan?
    Pulau Kusu: Melawati kuil Cina yang popular, kawasan perlindungan kura-kura, memanjat 152 anak tangga di kawasan keramat, berpiknik di meja dan memasak di tempat BBQ

    Pulau Lazarus: Bersantai di pesisir pantai yang bersih sambil menikmati air yang jernih, serta aktiviti-aktiviti air di sini

    Pulau Sisters (ditutup sehingga Mac 2024): Selam snorkel, berjalan di kawasan pasang surut, menyelam

    Pulau St. John: Menjelajahi denai di Pulau St. John, berjalan dalam hutan, melawati galeri Makmal Marin Negara, memancing, berkhemah, (tidak dibenarkan kerana COVID-19), menunggang basikal ke pulau-pulau yang bersambungan (Pulau Lazarus dan Pulau Seringat)




    Maklumat Lanjut Mengenai Pulau-Pulau Selatan

    Jadual & Tambang Feri

     
     
    Perkembangan Terkini

    Protokol Kesihatan COVID-19


     
     
    Apakah yang patut dilakukan jika anda sakit, sihat tetapi diuji positif, telah kontak rapat, atau tidak pasti tentang apa yang harus dibuat? Klik pada pautan di bawah untuk maklumat lanjut atau rujuk kepada infografik di atas. Di sini, anda juga boleh mengetahui cara untuk mengecam teks atau panggilan penipuan berkenaan COVID-19.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai kehidupan dengan COVID-19

    Klik di sini untuk kemas kini terkini mengenai COVID-19


     

    Hari Raya Puasa
     
     
    Penganut agama Islam di Singapura akan mengakhiri bulan puasa dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa pada Mei 3. Selain menjamu selera dengan keluarga dan kawan-kawan, perayaan keagamaan ini adalah waktu untuk bermaaf-maafan dan membetulkan kesalahan.

    Kami ucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti kepada semua teman dan rakan sekerja kami di Worldwide Hotels.
     
     

    Cara Untuk Mengelakkan Penipuan Pancing Data
     
     


    Maklumat Lanjut
     
     
     
    Gaya hidup
     
    Tanda-tanda Serangan Jantung
    Serangan jantung biasanya bermula dengan rasa sakit dan tidak selesa. Tidak mengendahkan tanda-tanda ini boleh membawa maut, jadi penting untuk anda mengenalinya agar dapat bertindak cepat jika ia berlaku.

    Telefon 995, atau minta orang berhampiran dengan anda untuk menelefon, jika anda mengalami:
     
     
    Tanda #1
    Rasa Tidak Selesa Dalam Dada

    Bahagian tengah dada mungkin akan rasa sakit, tertekan atau sesak. Ini boleh berlarutan selama beberapa minit sebelum menyusut. Bagaimanapun, rasa sakit itu mungkin akan datang kembali.
     
     
    Tanda #2
    Rasa Tidak Selesa Pada Badan Atas

    Rasa sakit mungkin akan dialami pada leher, rahang, lengan, belakang, atau kawasan atas perut anda.
       
     
    Tanda #3
    Sesak Nafas

    Anda mungkin langsung tidak akan mengalami sakit dada. Wanita khususnya, mungkin akan mengalami sesak nafas berbanding sakit dada. Simptom ini sering kali tidak dipedulikan atau diendahkan.
       
     
    Tanda #4
    Berpeluh Sejuk, Pening atau Loya

    Kesemua ini adalah tanda-tanda yang mungkin menandakan serangan jantung.
       

    Apakah itu Serangan Jantung?    


    Tonton video di bawah untuk maklumat tentang serangan jantung, faktor-faktor risiko umum, tanda-tanda serangan yang berlainan dalam lelaki dan wanita, dan cara untuk menjaga jantung anda.

     
     
     
    Tahniah kepada Pemenang-pemenang bagi Terbitan
    Januari 2022
     
    Hotel 81 Violet Samuel Hui
    Senior Front Office Executive
     
    Hotel 81 Dickson John Seah
    Hotel Manager
     
    Hotel 81 Palace Kaylee Lim
    Senior Front Office Executive
     
    Hotel 81 Changi Terence Ng
    Senior Front Office Executive
     
     
     
    Pop Kuiz!

    Ambil Pop Kuiz kami dan berpeluang memenangi Staycation 2H1M untuk 2 orang!

    Peraduan akan berakhir pada 15 hb Jun 2022. Pemenang akan diumumkan pada Julai 2022.

    Ambil kuiz di sini!
     
    Worldwide Hotels kini memiliki dan mengurus 6 jenama hotel di Singapura; Hotel Boss, V Hotel, Hotel Mi, Value Hotel, Venue Hotel dan Hotel 81. Jenama-jenama ini merangkumi lebih 6,500 buah bilik dalam 38 buah hotel, menjadikan Worldwide Hotels sebagai kumpulan hotel berskala sederhana Singapura yang terbesar di dalam negeri.
     

    Owned & managed
     
        
     
           
     
    Lihat arkib Surat Berita Worldwide
    2022 Jan       2021 Oct       2021 July       2021 April       2021 Jan      
    2020 Oct       2020 July       2020 Jan      2019 Oct