Saya merasa berbesar hati untuk mengumumkan 5 pemenang pertama Program Pengiktirafan Semua Bersama WWH. Tahniah kepada Mimi, Henry, Nurbaiti, Vinsonn dan Angel! Kisah mereka sangat menginspirasikan dan membakar semangat. Saya juga gembira dengan usaha semua calon-calon yang lain – teruskan usaha baik anda!
Saya bangga bahawa ahli pasukan Hotel Worldwide kita telah ke hadapan dan bangkit mengatasi persekitaran yang mencabar pada masa ini dengan daya bingkas dan komitmen untuk muncul lebih kuat.
Ancaman Covid terhadap kesihatan dan ekonomi masih sangat membimbangkan. Saya menggesa anda semua supaya mendapatkan vaksinasi agar kita dapat melindungi diri sendiri, keluarga kita dan melakukan peranan kita untuk mempercepatkan pemulihan industri perhotelan.
Terima kasih atas sumbangan anda dan saya mengalu-alukan sokongan anda yang berterusan!
Selaras dengan Nilai Teras Kami WWH, kami telah memulakan tindakan-tindakan strategik yang secara khusus menangani maklum balas anda yang membina daripada Tinjauan WWH.
Sila semak peningkatan kepada Inisiatif Nilai Teras Kami baru-baru ini bagi tahun 2021.
Peningkatan Nilai Teras WWH Kami
Kad Staf WWH (Jan)
Kertas Dinding Komputer Meja Nilai Teras WWH Kami (Jan)
Program Pengiktirafan Semua Bersama WWH (Jan)
Video Latihan WWH C.A.R.E.S (Apr)
Program Gamifikasi Kahoot WWH (Apr)
Kertas Dinding Komputer Nilai Teras Kami
Untuk menjadikan Worldwide Hotels sebagai tempat kerja yang berjaya dan inklusif, kami akan menerapkan Core Values kami dalam kerja kami. Oleh itu, sila semak pautan yang menunjukkan bagaimana anda boleh memuat naik kertas dinding komputer Nilai Teras ini ke monitor Meja Depan & Pejabat Belakang di hotel.
Sesuai dengan Nilai Teras Kami dan untuk memastikan kita semua terlibat sepenuhnya, luangkan masa untuk menyemak “Gamifikasi Kahoot! WWH”.
“Gamifikasi Kahoot! WWH” merupakan sebuah permainan yang sangat mesra pengguna dan akan mewujudkan suasana baru yang sama sekali berbeza dalam menggalakkan Nilai Teras Kami. Klik url di bawah “Gamifikasi Kahoot! WWH” - Cara Bermain kerana Ketua Kepimpinan anda akan bertemu dan membantu anda lagi.
Semua ahli pasukan Hotel Worldwide harus berusaha untuk memberikan kecemerlangan dalam setiap aspek perkhidmatan perhotelan kepada para tetamu kita.
The Setiap suku tahun, Program Pengiktirafan Semua Bersama WWH mengiktiraf para individu yang telah mempamerkan Nilai Teras Kami secara cemerlang seperti berusaha memberikan yang terbaik demi mempertingkatkan pengalaman tetamu, menangani situasi secara berkesan atau menunjukkan contoh perkhidmatan yang luar biasa dengan sikap yang menyokong.
Dengan sukacitanya, kami mengucapkan tahniah kepada para Penerima Anugerah Program Pengiktirafan Semua Bersama WWH yang berikut atas prestasi cemerlang mereka bagi Suku Pertama tahun 2021.
Ms. Mimi Azilah Binti Salun - Room Attendant, V Hotel Lavender Mr. Henry Phua Seow Leong - GSO, V Hotel Bencoolen Mr. Chua Guan Chong Vinsonn - SFOE, Hotel Mi Ms. Angel Tan Hai Qi - SFOE, Venue Hotel Ms. Nurbaiti Binte Mohamed Ariffin - SFOE, Hotel 81 Orchid
Ayuh sertai kami untuk mengucapkan tahniah kepada mereka. Terima kasih kerana membuat keputusan berdasarkan Nilai Teras Kami dan berusaha menjadikan Hotel Worldwide sebuah persekitaran kerja hebat yang berjaya dan inklusif untuk kita semua dan menyediakan perkhidmatan tetamu yang luar biasa dalam masa-masa yang mencabar ini.
Nama
Butir-butir
Cik Mimi
Mengetuai pengagihan makanan menerusi inisiatif sendiri untuk memperbaiki proses & prosedur. Melakukan pemeriksaan kualiti/kuantiti makanan dengan katerer dan menangani isu-isu untuk diperbaiki.
Encik Henry
Melaksanakan peranan yang ditugaskan dengan skop kerja yang diperketat berdasarkan syarat-syarat COVID/SHN. Mempertingkatkan perkhidmatan tetamu dengan menyelesaikan tugas, membeli barangan secara ad hoc, membantu memenuhi keperluan tetamu di luar waktu kerja.
Encik Vinsonn
Mengambil inisiatif sendiri untuk membantu pasukan SDF dengan kedatangan awal PSHN. Memeriksa saluran pengangkutan untuk menentukan status ketibaan penerbangan dan meramalkan corak ketibaan lebih awal.
Cik Angel
Mengambil inisiatif untuk menyediakan hiasan bilik untuk bulan madu, kejutan ulang tahun, tetamu hotel tempatan.
Cik Nurbaiti
Berinteraksi dengan kakitangan & tetamu hotel dengan memakai kostum perayaan & mengedarkan hadiah semasa musim percutian.
Sila terus tingkatkan pengetahuan anda dengan Program WWH C.A.R.E.S kita dan dipatuhi Langkah Pengurusan Selamat kita.
Langkah-Langkah Kita Sekilas Pandang
Menerusi WWH C.A.R.E.S kita terus berusaha memperbaiki langkah-langkah kesihatan dan kebersihan kita, baik melalui Audit WWH C.A.R.E.S setiap bulan atau pelaksanaan pusat-pusat teknologi baru.
Sekarang, untuk kesedaran anda dan untuk memperkukuhkan latihan operasi anda, kami dengan sukacitanya memperkenalkan Video Latihan WWH C.A.R.E.S.
Video Latihan WWH C.A.R.E.S
Terima kasih kepada ahli Pasukan Petugas WWH C.A.R.E.S dan Hotel Boss Team atas sokongan dan penyertaan mereka.
Bagi menyokong perniagaan pelancongan tempatan, baucar SingapoRediscover boleh digunakan untuk tempat-tempat tarikan, penginapan hotel dan lawatan. 19 daripada hotel kita menyertai program ini dan dipaparkan di lima platform tempahan; Trip.com, Traveloka, KLOOK, Changi Recommends dan GlobalTix. Selanjutnya, syarikat kita telah menyediakan 2 tawaran penginapan hotel khas untuk kita dan keluarga.
Promosi 1
Promosi 2
Jadi tetamu kami dan nikmati faedah berikut apabila anda membuat tempahan penginapan hotel anda melalui Platform ‘KLOOK’ dengan menggunakan ‘Baucar SingaporeRediscover’ (SRV) anda.
1. Tempahan di Hotel Boss Anda boleh memilih satu malam tambahan / sarapan untuk dua orang percuma!
2. Tempahan di hotel lain Anda boleh memilih satu malam tambahan percuma!
3. Dijamin daftar masuk awal selepas jam 0900 & keluar pada jam 1600.
*Nota: Satu malam penginapan percuma boleh diatur bagi sebarang tarikh pilihan anda sebelum 30 Nov 2021.
Kakitangan (penghuni) dan pasangan atau rakannya (penghuni bersama) yang menempah penginapan di hotel kami dengan penggunaan SRV melalui KLOOK, semua pihak akan layak untuk menerima keistimewaan yang sama, dengan syarat kakitangan tersebut adalah penghuni bersama.
Jadi, buatlah tempahan penginapan anda melalui ‘KLOOK’ (berdasarkan harga yang diterbitkan), imbas dan emelkan slip pengesahan tempahan ‘KLOOK’ anda kepada Cik Karen Ng (Tempahan) untuk memproses/mengatur penginapan satu malam percuma anda.
Cik Karen Ng boleh dihubungi di:
E: karenng@wwhotels.com
T: 66640721
Sorotan
Promosi untuk Kakitangan
Kami berasa sukacita untuk mengumumkan kenaikan pangkat para pegawai yang berikut dan ucapan tahniah kami ucapkan kepada:
Cik Rose Foo - Dinaikkan pangkat kepada Penolong Pengurus Akaun, Audit Pendapatan (Operasi Kewangan), HQ
Tahniah kepada Para Lulusan Diploma dalam Perkhidmatan Hotel dan Penginapan (Separuh Masa) WSQ (Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja)
Setinggi tahniah kami ucapkan kepada rakan-rakan sekerja berikut yang baru sahaja menyelesaikan Diploma dalam Perkhidmatan Hotel dan Penginapan (Separuh Masa) WSQ (Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja) di SHATEC:
Ms. Philomena Jestas - V Hotel Bencoolen Mr. Kenneth Seah - Hotel Classic By Venue Mr. Sim Jian Hao - Hotel Classic By Venue Mr. Mohammed Redha Bin Ruslan - Venue Hotel Ms. Tan Hai Qi Angel - Venue Hotel Mr. Jason Lim Wei Xin - Hotel 81 Changi
Kenali Secara Rapat...
Worldwide Hotels terdiri daripada para pekerja dari pelbagai lapisan masyarakat. Selain meminati bidang hospitaliti, kakitangan kami mempunyai pelbagai minat dan kegiatan peribadi di luar waktu kerja. Ayuh kenali…
Diong Pei Ling
Pengurus Besar – Operasi Hotel (Kluster 81)
Nota: Beberapa gambar telah diambil sebelum COVID-19
Apakah fakta menarik tentang diri anda yang tidak diketahui oleh kebanyakan rakan sekerja anda?
Saya suka memasak untuk keluarga dan meluangkan masa bersama anak kecil saya. Dapur saya adalah ruang saya! Saya suka meluangkan masa di dapur dan menyiapkan hidangan-hidangan yang enak untuk keluarga dan rakan sekerja saya.
Sila kongsikan 1 momen atau kenangan yang paling membanggakan?
Perjalanan saya dengan Organisasi ini bermula pada tahun 1999 apabila saya sertai sebagai Eksekutif Junior di Hotel 81 Star.
Sebagai orang baru tanpa sebarang pengalaman dalam sektor Perhotelan, saya diberikan berbagai peluang untuk mengembangkan daya kepimpinan yang baik dan juga kemahiran pengurusan hotel.
Saya berkesempatan bekerja dengan Boss kita Encik Choo dan COO kita, Encik Chu Poh Yong di mana saya dapat mempelajari dan memahami lebih lanjut tentang operasi hotel dan perniagaan kita.
Saya bekerja keras dan berusaha untuk melakukan yang lebih baik dalam apa yang saya lakukan. Saya dinaikkan pangkat secara bertahap-tahap untuk memegang peranan sebagai Penolong Pengurus Hotel, Pengurus Hotel, Pengurus Kawasan dan peranan sebagai Pengurus Besar kluster 81.
Siapakah orang yang paling anda kagumi?
Ayah saya adalah orang yang telah mendorong saya ke arah kerjaya yang lebih memuaskan di Singapura. Dialah orang yang paling saya kagumi!
Apakah yang memotivasikan saya?
Keluarga. Saya ingin menyara keluarga saya dan pergi melancong setiap tahun bersama mereka tanpa perlu risau tentang kos dan perbelanjaan; sambil terus berusaha untuk peningkatan & kecemerlangan di tempat kerja dan bekerja keras untuk syarikat dan orang tersayang.
Kenali Secara Rapat... Shane Guo
Pegawai Gaji Pekerja - Worldwide Hotels
Nota: Beberapa gambar telah diambil sebelum COVID-19
Apakah yang menginspirasikan anda untuk mengubah gaya hidup anda?
Berat badan saya adalah yang tertinggi pada tahun 2016 dan saya mengalami berat badan yang turun naik selama bertahun-tahun. Saya akhirnya sedar untuk mengubah gaya hidup saya dengan membuat keputusan bijak, diiringi dengan keberanian.
Adakah anda bersenam di rumah atau di gim?
Saya berada di gim 5 – 6 hari seminggu dan jika saya tidak dapat pergi, saya akan memastikan saya melakukan senaman di rumah.
Apakah nasihat terbaik anda bagi mereka yang ingin keluar dari zon selesa mereka dan memulakan perjalanan kecergasan mereka seperti apa yang anda lakukan?
Nasihat saya adalah untuk menetapkan matlamat yang realistik kerana ia mungkin memakan masa untuk melihat hasilnya. Penting untuk kita pecahkan matlamat tersebut kepada langkah-langkah tindakan kecil bagi memastikan anda kekal bermotivasi dalam setiap langkah anda!
Apakah yang mendorong anda untuk meneruskan gaya hidup ini?
Saya berasa lebih bertenaga dan pastinya lebih yakin dengan diri sendiri. Dengan ketangkasan yang lebih baik dan tahap kecergasan yang lebih tinggi pada hari ini, seronok apabila saya melihat orang lain berusaha untuk mengubah diri mereka setelah melihat transformasi diri saya.
Mengenali Kawasan Kejiranan Anda - Lavender
Nota: Beberapa gambar telah diambil sebelum COVID-19
Rakan sekerja kita, Resley Ang, telah mengelilingi Lavender untuk menunjukkan kepada kita beberapa permata yang tersembunyi, tetapi sebelum itu, tahukah anda?...
Lavender Street menghubungkan persimpangan di Balestier Road dan Serangoon Road dengan persimpangan di Kallang Road dan Crawford Street.
Terdapat beberapa kisah yang berkaitan dengan asal nama jalan ini. Menurut sebuah kisah, kawasan ini ditutupi oleh kebun sayur-sayuran Cina dan seluruh tempat ini mengeluarkan bau yang menusuk daripada tanah malam yang digunakan sebagai baja tanaman. Ada yang percaya bahawa sebuah kilang minyak bandar lama yang terletak di persimpangan Lavender Street dan Kallang Road mengeluarkan gas yang berbau. Lantas, para penduduk menamakan jalan tersebut dengan rujukan sedemikian, dan pihak perbandaran menerima cadangan itu pada tahun 1858.
Sekarang, ayuh kita teruskan dengan beberapa tempat makan menarik yang tidak diketahui ramai yang terdapat di Lavender!
Pakai pelitup apabila keluar rumah. Daftar masuk dan daftar keluar dengan SafeEntry dan gunakan TraceTogether (pengesanan kontak yang dipacu masyarakat) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kita dalam mempercepatkan proses pengesanan kontak.
Maklumat lanjut tentang aplikasi mudah alih TraceTogether atau lokasi untuk mengambil Token fizikal TraceTogether: https://www.tracetogether.gov.sg/
Program Vaksinasi COVID-19 Singapura
Apa Yang Anda Perlu Tahu
Vaksinasi COVID-19 adalah percuma untuk semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang.
Seperti yang disebutkan oleh Kementerian Kesehatan (MOH), meskipun vaksinasi COVID-19 adalah sukarela, setiap orang yang memenuhi syarat-syarat perubatan untuk mendapatkan vaksinasi apabila ia ditawarkan sangat digalakkan untuk menerimanya.
WWH pertama kali mengadakan Mesyuarat Strategik Perniagaan Tahunannya pada hari Khamis, 21 Januari 2021, di Hotel Boss.
Mesyuarat sepenuh hari yang dihadiri oleh pasukan kepimpinan ini fokus kepada menyemak semula strategi perniagaan semasa, melakarkan dan melaksanakan idea-idea perniagaan baru untuk Kumpulan, berdasarkan Analisis SWOT yang mengetengahkan bidang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman baru.
Pasukan ini juga meluangkan masa untuk menyemak semula Bidang Risiko Utama; mengetengahkan bidang risiko di semua fungsi perniagaan bagi membolehkan intervensi awal dan mengurangkan sebarang kesan yang mungkin terjadi akibat risiko yang dikenal pasti. Latihan ini akan membolehkan Kumpulan muncul lebih kuat sambil ia bersiap sedia untuk perniagaan kembali normal.
Keluarga WWH
Tahniah kepada rakan sekerja kita di atas kelahiran bayi mereka pada Suku Pertama tahun 2021:
Muhammad Mohalim Bin Sulaiman - Hotel 81 Osaka Ashraf Ali S/O Ismail - Hotel 81 Rochor | Loh Siew Wei - Hotel Mi Rosita Binte Bakri - Hotel 81 Princess | Nur Ezza Tiong Shu - Hotel Boss
Hari Raya Aidilfitri
Di Singapura, Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa jatuh pada hari pertama Syawal, bulan ke-10 kalendar Hijrah (Islam). Ini adalah perayaan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Hari raya adalah hari untuk "bergembira atau bersuka-ria”.
Jangan lupa untuk memastikan jarak sosial sepanjang masa apabila anda keluar mengunjungi keluarga dan rakan-rakan.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 kepada anda dan orang tersayang terlebih dahulu. Jaga diri dan jaga keselamatan.
Gaya Hidup
Senaman Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental Anda
Tip #1
Meningkatkan Mood Anda
Orang yang kerap bersenam biasanya cepat merujuk keapada ransangan tenaga dan mood yang timbul selepas aktiviti fizikal (kadang-kala ia disebut sebagai perasaan positif menjulang yang dialami oleh pelari).
Tip #2
Memastikan Ketajaman Otak
Apabila terlalu sibuk bekerja atau bergelut untuk membuat keputusan, pilihan terbaik anda adalah dengan melakukan sedikit senaman. Banyak kajian menunjukkan bahawa senaman meningkatkan fungsi otak hampir serta-merta dan kesan positifnya boleh memberikan perbezaan besar dalam jangka masa panjang.
Tip #3
Meningkatkan Daya Ingatan
Daripada ujian ejaan dan perbendaharaan kata sehingga mengingat nama-nama, daya ingatan merupakan sebahagian utama kehidupan dari sekolah rendah sehingga dewasa dan penyelidikan menunjukkan bahawa senaman dapat membantu daya ingatan.
Tip #4
Membantu dengan Kreativiti
Jika anda menghadapi masalah untuk berfikir “di luar kotak”, larian yang sukar atau sesi latihan kekuatan mungkin adalah jawapan kepada hambatan kreativiti anda.
Tip #5
Mengurangkan Tekanan
Yayasan Kesihatan Mental mengesyorkan senaman sebagai satu cara untuk meredakan ketegangan, tekanan dan keletihan mental dan ini dipersetujui oleh sumber-sumber yang lain.
Bersenam di Rumah
Bermula secara kecil & jejak kemajuan anda. Memulakan secara kecil bermaksud menumpukan kepada matlamat jangka pendek terlebih dahulu. Fokus kepada satu minggu pada satu masa. Lakukan senaman anda pada hari itu. Kemudian selesaikan senaman seterusnya. Jadikannya satu cabaran untuk mencari masa 5-25 minit dalam hari anda, sekerap mungkin, untuk menjadi lebih aktif.
Tahniah kepada Pemenang keluaran bulan
Januari 2021
Worldwide Hotels kini memiliki dan mengurus 6 jenama hotel di Singapura; Hotel Boss, V Hotel, Hotel Mi, Value Hotel, Venue Hotel dan Hotel 81. Jenama-jenama ini merangkumi lebih 6,500 buah bilik dalam 38 buah hotel, menjadikan Worldwide Hotels sebagai kumpulan hotel berskala sederhana Singapura yang terbesar di dalam negeri.