Ada masalah untuk melihat e-mel ini? Lihat versi dalam talian di sini

Dapatkan Surat Berita Worldwide dalam Berbilang Bahasa
English    华语     Melayu


Klik di sini untuk kongsi melalui WhatsApp



 
Worldwide Hotels
 
 

Mesej daripada Ketua
Pegawai Eksekutif kami

Rakan Sekerja yang Dihormati,

Selamat Tahun Baharu! Saya amat teruja untuk berkongsi dengan anda perkembangan kita dalam surat berita ini, terutamanya keputusan untuk Tinjauan Nilai-Nilai Teras WWH 2021. Kami telah menerima sebanyak 586 balasan, dan saya amat gembira untuk melihat peningkatan positif dalam markah purata 4.31 (daripada 5) yang telah diperoleh. Terima kasih kepada anda semua atas maklum balas membina yang telah diberikan, dan syarikat pasti akan mengkaji dan melaksanakan pelan-pelan tindakan untuk menangani kebanyakannya.

Tahun lepas merupakan tahun yang amat mencabar, tetapi anda semua telah berusaha untuk memastikan perniagaan kita tetap bertahan.

Terima kasih atas sokongan anda, dan saya tidak sabar untuk melihat industri pelancongan kembali pulih dan perniagaan kembali normal pada 2022.

Salam Mesra,

Carolyn Choo

 
Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels
 
 
 

Nilai-Nilai Teras & Pemacu Utama bagi Worldwide Hotels

 
 
Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels – Berbilang Bahasa
 
English   Chinese   Malay   Tamil
 
 
Keputusan Tinjauan Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels 2021
 
 
Terima kasih kepada anda semua kerana telah melengkapkan Tinjauan Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels 2021. Berdasarkan tinjauan yang dibuat pada tahun lepas, kami telah menumpukan fokus pada pandangan anda terhadap Nilai-Nilai Teras Kami. Kami menghargai maklum balas jujur yang telah diterima, yang mana kami akan gunakan untuk meningkatkan persekitaran kerja dan produktiviti kami.  

Umumnya, respons tinjauan bagi setiap modul Nilai-Nilai Teras Kami telah menunjukkan keputusan yang positif. Ini amat menggalakkan kerana ia menggambarkan kekuatan asas kami dan menunjukkan Worldwide Hotels sedang menuju ke arah yang betul sebagai Organisasi Sihat yang memiliki budaya korporat yang kukuh.

Pada 2022, keputusan bagi tinjauan Nilai-Nilai Teras Kami akan digunakan untuk membantu kami menentukan bahagian yang telah menunjukkan kemajuan, dan bahagian yang perlu diusahakan lagi dan diberikan lebih fokus. Pelan dan Tindakan Strategik kami juga akan diuruskan secara spesifik supaya kami dapat memastikan kejayaan Worldwide Hotels dan menyediakan persekitaran kerja yang inklusif.
 
 


Seiring dengan Nilai-Nilai Teras Kami dan untuk memastikan sepenuh persefahaman, sila ambil masa untuk mencuba permainan "WWH Kahoot! Gamification ".

"WWH Kahoot! Gamification" adalah permainan yang amat mesra pengguna dan boleh digunakan untuk mempromosikan Nilai-Nilai Teras Kami dalam suasana baharu. Klik pada url di bawah "WWH Kahoot! Gamification"

Cara Untuk Bermain
 
 
Kategori Cemerlang
 
Program Penghargaan Semua Sekali WWH
 
 
Semua ahli pasukan Worldwide Hotels harus berusaha untuk menyampaikan layanan yang cemerlang dalam setiap aspek perkhidmatan tetamu.

Program Penghargaan Semua Sekali WWH akan mengiktiraf individu-individu pada setiap suku tahun, yang mana telah benar-benar mendukung Nilai-Nilai Teras Kami seperti berusaha lebih keras untuk meningkatkan pengalaman tetamu, menyelesaikan masalah dengan berkesan atau berkhidmat dengan cemerlang, dan sentiasa bersedia untuk membantu.

Kami, dengan sukacitanya ingin mengucapkan tahniah kepada Penerima Anugerah Program Penghargaan Semua Sekali WWH bagi S4 2021 atas prestasi cemerlang mereka.



En. Muhammad Fazri Bin Ali - Hotel Manager, Hotel 81 Rochor
En. Kim Chee Geng - Assistant Manager , Maintenance
Cik Chen Dan - Room Attendant , Hotel Boss
En. Subash S/O Sivaji - Senior Front Office Executive, Hotel 81 Bugis
En. Nuh Bin Albaisus Abdullah - Hotel Attendant, Hotel 81 Orchid

Tahniah diucapkan kepada mereka. Terima kasih kerana telah mematuhi Nilai-Nilai Teras Kami dalam membuat keputusan anda dan atas usaha anda untuk memastikan kejayaan Wordwide Hotels, dan menjadikannya tempat kerja yang baik dan bersepadu untuk kita semua. Terima kasih juga kerana masih mengekalkan tahap perkhidmatan dan layanan tetamu yang cemerlang pada masa yang mencabar ini.

Nama Butir-butir
En. Fazri Fazri telah dicalonkan kerana prestasi cemerlang dan dedikasi beliau terhadap kerja dan juga syarikat. Beliau sentiasa berusaha untuk memaksimumkan semua peluang perniagaan yang ada, seperti memeriksa penghunian bilik di cawangan-cawangan lain untuk memindahkan pelanggan jika bilik-bilik di hotel telah dipenuhi oleh tetamu yang menginap lama di hotel kami. Fazri adalah aset penting kepada syarikat dan patut diberi penghargaan kerana beliau telah mendukung nilai-nilai teras kami, dan berusaha jauh lebih keras untuk memastikan semua tetamu dilayan dan dijaga dengan baik.
En. Kim Kim diberikan penghormatan ini kerana beliau sentiasa bekerja keras untuk memastikan operasi hotel berjalan dengan lancar. Sebagai salah seorang ketua Pasukan Penyelenggaraan, beliau memiliki kualiti kepimpinan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah, dan sentiasa memimpin melalui teladan. Beliau rajin mengajar ahli-ahli pasukan cara untuk menyelesaikan isu-isu teknikal dan membimbing mereka dalam operasi penyelenggaraan seharian. Pengalaman beliau telah banyak menyokong operasi harian hotel kami meskipun beliau sibuk menguruskan banyak hotel lain. Kim amat berdedikasi dalam kerja penyenggaraannya bagi memastikan semua kemudahan di hotel-hotel kami berfungsi dengan baik, demi keselesaan penginapan tetamu.
Pn. Chen Chen Dan mula berkhidmat pada 2015, dan beliau adalah kakitangan yang amat peramah dan disukai oleh rakan-rakan sekerja yang lain. Sikap mesranya memudahkan untuk kerja bersama dengan pasukan beliau. Kami yakin beliau dapat menggalas peranan beliau dengan baik untuk memenuhi keperluan sesetengah pelanggan yang lebih cerewet kerana beliau memastikan standard kebersihan bilik yang tinggi selain sikap peramahnya. Beliau juga sentiasa memberi sokongan dan bimbingan kepada Atendan Bilik yang baru bekerja. Selain menguruskan kerja kebersihan yang biasa, beliau sering dilihat menyambut tetamu dan berbual mesra dengan mereka. Chen Dan amat terperinci dalam kerjanya dan fokus terhadap keperluan tetamu.
En. Subash Sikap dan tahap keprofesionalan Subash dalam kerjanya benar-benar dikagumi. Beliau cepat menangkap apa yang diajar dan boleh mengingati banyak maklumat. Subash juga adalah amat cekap, teratur, peramah dan pandai berkomunikasi. Beliau sentiasa menyokong Eksekutif Rendah dan sedia membantu bila-bila masa diperlukan. Sebagai seorang yang berfikiran pantas, Subash telah bertindak cepat untuk menyelamatkan nyawa seorang tetamu kita baru-baru ini. Beliau benar-benar memaparkan ciri-ciri yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
En. Nuh Nuh memiliki personaliti yang baik dan beliau mendukung etika kerja yang disegani oleh rakan-rakan sekerjanya. Beliau membina budaya kerja yang positif untuk orang lain, supaya matlamat dapat dicapai bersama-sama, dan sentiasa menggalakkan semua orang untuk berusaha lebih keras. Nuh juga sering membantu pekerja baharu dan membimbing mereka, menjaga makan minum mereka, dan memastikan mereka sentiasa mematuhi standard keselamatan dan kebersihan kerja. Nuh amat komited terhadap kerjanya, dan bersedia untuk menangani sebarang cabaran dan bertugas untuk menyokong operasi hotel. Beliau mengambil berat terhadap kebersihan hotel dan jika ada membuat kesilapan, beliau akan mengakuinya dan membetulkannya dengan mendapatkan nasihat daripada pegawai atasan. Nuh meletakkan akauntabiliti sendiri atas tugas yang dilakukan dan sentiasa berusaha untuk menyampaikan yang terbaik.

Maklumat lanjut tentang para Pemenang &
Program Penghargaan Semua Sekali WWH.
 
 
Kemas Kini WWH C.A.R.E.S
 
 
WWH C.A.R.E.S
Clean - Attentive - Reliable - Environment - Safety

Sila terus tingkatkan pengetahuan anda dengan Program WWH C.A.R.E.S kita dan dipatuhi Langkah Pengurusan Selamat kita.

Langkah-Langkah Kita Sekilas Pandang



Bersandarkan Nilai-Nilai Teras Kami dan pengalaman hospitaliti di Singapura sepanjang 25 tahun lepas, komitmen Worldwide Hotels C.A.R.E.S mengutamakan pematuhan protokol kesihatan dan kebersihan yang ketat untuk memastikan kesejahteraan tetamu dan pekerja kami. Worldwide Hotels sentiasa mengawasi dan menyemak protokol kebersihan agar ia menepati standard pengesahan Agensi Alam Sekitar Negara.

Kami akan sentiasa memperbaiki langkah-langkah kesihatan dan keselamatan kami, jadi sila ambil masa untuk menyemak Laman Penambat WWH C.A.R.E.S. dan Langkah-Langkah Utama yang telah dikemas kini.

Maklumat lanjut tentang rupa baharu
 
 
Sorotan
 
Sesi Bersama Dengan CEO untuk Pemenang ATP S2 & S3
 
 
Meskipun terdapat banyak sekatan yang telah menyukarkan kerja persiapan untuk acara makan malam bersama dengan para pemenang ATP S2 & S3, kami masih dapat mengadakan sesi tertutup selama 2 hari dengan mereka, di HQ kami. Kami berbangga dengan usaha mereka untuk menangani suasana yang mencabar sekarang ini, dan mereka kini lebih komited untuk bekerja lebih keras. Kami turut menghargai segala usaha yang dilakukan oleh calon-calon lain, dan kami berharap untuk menerima lebih banyak pencalonan dalam suku-suku yang akan datang. Tahniah kepada semua pemenang!
 
 
Bengkel Kecemerlangan Pengemasan Selepas COVID-19
 
 
Baru-baru ini, 8 kakitangan kita telah mengikuti Bengkel Kecemerlangan Pengemasan Selepas COVID-19 di NTUC Learning Hub pada Oktober 2021. Latihan ini dijalankan bagi mengajar peserta cara-cara untuk menangani impak COVID-19, sambil melengkapkan mereka dengan mentaliti baharu dalam melindungi diri sendiri dan tetamu. Kemahiran baharu ini boleh dimanfaatkan untuk memperbaiki pertuturan dan tingkah laku mereka agar para tetamu bertambah yakin. Para peserta telah pun berkongsi pengetahuan baharu ini dengan pasukan masing-masing.

Komen daripada ahli pasukan:

“Kursus ini telah membantu saya mengingati semula amalan-amalan pengemasan yang betul. Ia menekan semula kepentingan menggunakan 3 jenis kain gentian mikro untuk membersih, dan menerangkan perbezaan antara patogen-patogen biasa, serta cara untuk menyahjangkit virus.”
- Mohammad Ghazali, Executive Housekeeper, V Hotel Lavender

"Program ini telah mengajar saya tentang penggunaan bahan-bahan kimia yang berkesan, dan cara yang betul untuk membersih dan menghilangkan virus serta bakteria.”
- Issac Lu, Training Manager (Housekeeping), Hotel 81 Management Pte Ltd

“Bengkel ini amat berguna untuk menerangkan perbezaan antara mensanitasi dan menyahjangkit. Mensanitasi bertujuan untuk mengurangkan bilangan patogen pembawa penyakit ke paras yang selamat, sementara menyahjangkit pula bertujuan untuk menghapuskan semua patogen dengan berkesan.”
- Lee Wei Leong, Assistant Executive Housekeeper, Hotel Boss

“Saya telah berkongsi pengalaman saya dengan atendan-atendan bilik, dan mengajar mereka cara pembersihan yang berkesan menggunakan sumber yang ada, dan mengingatkan mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan diri bagi melindungi diri mereka sendiri dan juga tetamu semasa pandemik ini.”
- Patrick Teo, Deputy Executive Housekeeper, Hotel Boss

“Bengkel ini telah membantu saya untuk lebih memahami kepentingan, peranan dan tanggungjawab yang ada dalam industri hospitaliti. Pada waktu yang sama, saya juga telah diajar cara untuk memperbaiki nada komunikasi lisan semasa bercakap dengan tetamu dan juga rakan sekerja.”
- Hew Eric, Executive Housekeeper, V Hotel Bencoolen

“Bengkel ini adalah relevan dan praktikal untuk kerja saya. Contohnya, saya dapat belajar tentang Teknik Mengelap yang Betul. Cara yang betul adalah dengan menggunakan satu permukaan pengelap. Mula mengelap dari titik paling jauh, dan gerakkan pengelap ke arah anda dalam satu gerakan yang perlahan dan kukuh. Setelah itu, lipat pengelap untuk menggunakan permukaan yang baharu dan belum dipakai."
- Lucas Lau, Assistant Hotel Manager, Value Hotel Thomson

“Latihan ini telah menunjukkan bagaimana situasi global semasa telah mengubah kita, dan betapa pentingnya untuk kita terus memastikan keselamatan persekitaran demi kecemerlangan perkhidmatan hotel, sambil masih mengekalkan standard kebersihan yang tertinggi, untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu dan rakan-rakan sekerja, serta diri kita sendiri.”
- Michelle Loh, Assistant Executive Housekeeper, Hotel Mi

“Latihan ini telah menunjukkan bagaimana teknologi baharu boleh digunakan untuk mengatasi isu kekurangan tenaga manusia, sambil masih mengekalkan standard kebersihan yang tertinggi. Latihan ini juga telah mengingatkan kami tentang kepentingan untuk menyahjangkit kawasan-kawasan yang sering disentuh dan cara untuk menjaga peralatan perlindungan diri (PPE).”
- Gwee Soo Thong, Executive Housekeeper, Hotel Mi

 
 
Latihan Ujian Calitan Sendiri
Di Bawah Penyeliaan Majikan (ESSS)
 
 
Memandangkan Hotel Mi baru sahaja ditukar menjadi Kemudahan Pengasingan Komuniti (CIF), kakitangan hotel perlu menjalani ujian ART dua kali seminggu, yang akan dijalankan oleh penyelia calitan sendiri di hotel, menurut syarat yang ditetapkan. Oleh itu, Hotel Mi telah menghantar beberapa orang kakitangannya untuk menghadiri kursus latihan dalam talian yang dikendalikan oleh penyedia latihan pilihan MOH, iaitu HMI Institute of Health Sciences Pte Ltd, pada Oktober. Ingin dimaklumkan bahawa kami telah melengkapkan latihan tersebut dan kini merupakan penyelia bertauliah bagi Latihan Ujian Calitan Sendiri Di Bawah Penyeliaan Majikan (ESSS).

Gwee Soo Thong (Executive Housekeeper)
Loh Siew Wei Michelle (Assistant Executive Housekeeper)
Nurshilawati Binte Rahman (Front Office Supervisor)
Tan Poh Ming Ryan (Front Office Supervisor)
Ronnie Lee Bao Chuan (Front Office Supervisor)
Siti Jariah Binte Lajis (Front Office Executive)
 
 
Sambutan Hari Lahir – Hotel Boss
 
 
Untuk menceriakan kakitangan yang sedang menjalani Arahan bagi Pesakit Dalam Pengasingan (PUIO), pasukan FOH dari Hotel Boss telah menghantarkan mesej video atau membuat panggilan khas melalui WhatsApp untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada mereka! Hebat!
 
 
Penghargaan Kakitangan – COVID 19 +
 
 
Kami telah menghantarkan bakul hadiah kepada beberapa orang rakan sekerja di Hotel 81 yang telah dijangkiti COVID-19, untuk menceriakan mereka yang berada dalam pengasingan. Teruskan bertahan!
 
 
Mari Kita Mendekati...
 
Kumpulan pekerja Worldwide Hotels berasal dari semua golongan hidup. Selain berdedikasi terhadap kecemerlangan dalam hospitaliti, kesemuanya mempunyai hobi dan minat lain di luar kerja. Ayuh kenali...
 
Muhd Farizal
 
 
Pembantu Pengurus – Hotel 81 Spring
Nota: Beberapa gambar telah diambil sebelum COVID-19
 
Apakah fakta menarik tentang diri anda yang tidak diketahui oleh kebanyakan rakan sekerja anda?
Sebelum menyertai Worldwide Hotels, saya telah bermain bola sepak secara profesional selama 12 tahun. Walaupun kerjaya itu sekejap saja, impian saya sejak kecil adalah untuk bermain bola sepak untuk Singapura. Semasa mewakili sekolah saya dalam perlawanan antara sekolah-sekolah, saya telah direkrut untuk memasuki pasukan remaja nasional Singapura. Di situlah perjalanan saya bermula, dan saya telah bermain untuk pasukan bola sepak bawah umur 12, 14, 16 & 18 Singapura. Sekitar 1998, saya telah ditawarkan kontrak untuk bermain secara profesional dengan Kelab Bola Sepak Tampines Rovers.

Sila kongsikan 1 waktu atau peristiwa yang paling dibanggakan oleh anda?
Mewakili negara, bermain dalam kelab bola sepak dan menjaringkan gol adalah saat-saat yang paling saya banggakan. Kenangan terindah saya adalah semasa saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang pasukan Selangor di perlawanan Piala Sultan Selangor 2007, di hadapan 30,000 orang penyokong mereka. Itulah saat yang paling indah dan saya akan mengingatinya selama-lamanya. Malam itu cukup hebat kerana semua penat lelah saya selama ini akhirnya berbaloi.

Siapakah yang anda paling kagumi dan mengapa sebabnya?
Kedua orang tua saya, kerana sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan memahami diri saya. Mereka telah menonton semua perlawanan saya dan menjaga saya dengan baik. Saya rasa bersalah setiap kali saya perlu bekerja di luar selama berbulan-bulan untuk berlatih atau bertanding. Di salah satu perjalanan saya itulah, saya telah bertemu dengan isteri saya.

Apakah yang mendorong/memotivasikan anda?
Beberapa tahun lepas berkahwin, saya memutuskan sudah tiba masanya untuk saya bergerak ke hadapan. Secara jujur, saya tidak membuat apa-apa persiapan selepas kerjaya bola sepak saya. Suatu hari, saya masuk ke dalam bangunan Hotel 81 Star. Dengan tangan kosong, saya menghadiri temuduga di situ dan, saya terperanjat apabila ditawarkan peluang untuk bekerja sebagai eksekutif pejabat depan, memandangkan saya tidak begitu pandai menggunakan komputer. Keluarga saya adalah motivasi yang terbesar untuk saya. Gaji saya telah berubah dengan ketara, tetapi mereka tetap setia bersama dengan saya dan banyak bersabar dan memahami waktu kerja baharu saya. Sehingga hari ini, saya masih lagi bekerja, dengan adanya sokongan daripada mereka dan kepercayaan yang diberikan oleh syarikat.

Apakah hobi anda?
Selain bermain bola sepak, saya suka mengayuh basikal dan berlari. Jika ada masa, saya akan memasuki pertandingan berbasikal di Singapura atau luar negara. Saya juga akan membawa keluarga saya menyusuri denai, mengembara berjalan kaki, atau memancing kerana mereka semua suka melakukan aktiviti-aktiviti di luar.

Sultan of Selangor Cup 2007
Farizal sedang beraksi dari 1:40 seterusnya
 
 
Mari Kita Mendekati...
Yeo Khee Siang
 
 
Tukang Cat - Hotel 81 Management Pte Ltd
Nota: Beberapa gambar telah diambil sebelum COVID-19
 
Apakah fakta menarik tentang diri anda yang tidak diketahui oleh kebanyakan rakan sekerja anda?
Saya memelihara 10 ekor burung di rumah saya!

Sila kongsikan 1 waktu atau peristiwa yang paling dibanggakan oleh anda?
Saya sudah bekerja di Hotel 81 Management Pte Ltd selama 25 tahun, dan saat paling indah bagi saya berlaku pada 1996, semasa saya bekerja di Hotel 81 Joo Chiat. En. Choo (Pengerusi) telah datang kepada saya dan bertanya jika saya ingin menjadi seorang ‘pelukis’. Tanpa berfikir panjang, saya terus menerima tawaran tersebut, dan itulah pekerjaan pertama saya sebagai tukang cat cawangan di Hotel 81 Geylang.

Siapakah yang anda paling kagumi dan mengapa sebabnya?
En. Eric Soh!! (Pengurus Hotel 81 Palace). Saya telah mengenali beliau dari tahun 1997, dan amat kagum dengan sikapnya yang sentiasa berfikiran positif, di tempat kerja mahupun di luar kerja.

Apakah yang mendorong/memotivasikan anda?
Saya sentiasa bermotivasi untuk datang bekerja, dan saya rasa terharu atas layanan baik syarikat yang sentiasa menyokong saya.

Apakah hobi anda?
Saya suka memelihara burung, dan saya akan membawa mereka memasuki pertandingan menyanyi, atau saya akan duduk di rumah untuk menonton YouTube dan menikmati persembahan oleh penyanyi Taiwan kegemaran saya (Chan Ya Wen).
 
 

Keluarga WWH
 
 
Tahniah kepada rakan-rakan sekerja kita yang telah menyambut kehadiran cahaya mata dalam S4 2021:

Ng Yuan Shun Kenny - Hotel Boss
 
 
 
Perkhidmatan Pilihan

V Hotel Bencoolen




Bilakah V Hotel Bencoolen mula beroperasi?
V Hotel Bencoolen mula beroperasi pada Ogos 2013. Kawasan sekitar hotel pada waktu itu sedang sibuk menjalani kerja-kerja pembinaan, yang akhirnya berjaya dilengkapkan pada Ogos 2017.

Boleh terangkan peranan harian bagi rakan-rakan sekerja anda di Hotel?
Di V Bencoolen, kami mempunyai beberapa jabatan seperti Meja Depan, Perkhidmatan Tetamu, Pengemasan Siang dan Malam serta Pembersihan Kawasan Umum.
  • Pejabat Depan
    Rakan-rakan sekerja kami di Pejabat Depan adalah cekap dan terlatih untuk menjalankan berbilang tugas yang berlainan, termasuk mendaftar masuk dan keluar, urusan penempahan, penempahan bilik khas, menyelaraskan pengemasan dan menjawab panggilan telefon.

    Kami tidak menumpukan fokus pada hanya satu skop kerja, dan kami dilatih sewajarnya supaya sentiasa dapat saling membantu di mana-mana tempat yang diperlukan. Dengan itu, kakitangan akan menjadi lebih cekap dan terlatih dengan betul untuk menyediakan mereka bagi sebarang peluang kenaikan pangkat.

  • Pegawai Perkhidmatan Tetamu
    Pegawai Perkhidmatan Tetamu kami bertanggungjawab untuk melayan semua tetamu dengan baik, setibanya mereka di hotel. Ini termasuk membantu mengangkat bagasi, mengarahkan mereka ke tempat yang perlu dituju, menyemak daftar keluar mereka dan memastikan kepuasan penginapan mereka.

  • Pengemasan
    Rakan-rakan sekerja kami di bahagian pengemasan memastikan semua bilik tetamu dibersihkan dengan rapi demi keselesaan tetamu yang dihargai. Pasukan pengemasan telah dilatih dengan tepat dan betul dalam pelbagai penggunaan bahan kimia untuk penyenggaraan bilik tetamu.

  • Kawasan Umum
    Rakan sekerja kami dari pasukan Kawasan Umum bekerja setiap hari untuk menyenggarakan kawasan-kawasan awam. Mereka ini amat biasa dengan kawasan-kawasan yang berdekatan, dan skop kerja mereka adalah luas termasuk memastikan semua kawasan seperti lobi hotel, tempat letak kereta di belakang hotel, kolam renang, koridor-koridor bilik dan juga bilik makanan akan dibersihkan dan dinyahjangkit dengan betul.
Apakah yang anda atau rakan sekerja anda telah lakukan untuk memenuhi kepuasan atau keperluan tetamu?
Di V Hotel Bencoolen, kami bekerja secara rapat dan bersepakat dalam mengamalkan konsep berfikiran terbuka. Jadi, kami menyediakan perkhidmatan khas seperti menyediakan lolipop dan set pensel kepada tetamu-tetamu yang mempunyai anak-anak kecil. Kami juga memberi lebih perhatian kepada permintaan istimewa seperti penginapan ulang tahun, hari lahir atau bulan madu, dengan menghiaskan bilik-bilik dengan belon dan tuala berlipat dalam bentuk haiwan. Kutleri, pinggan, mangkuk, bekas ais, pembuka botol wain, gelas wain turut akan disediakan jika diminta oleh tetamu. Sentuhan istimewa seperti ini telah berjaya meletakkan kami dalam senarai 100 hotel terbaik TripAdvisor di Singapura

Fakta Menarik


 
 
 
Mengenali Kejiranan Anda – Bencoolen
 
 
Rakan sekerja kami, Philo, telah bersiar-siar di Bencoolen untuk menunjukkan kepada kami beberapa tempat menarik yang tidak diketahui ramai, tetapi sebelum itu, tahukah anda bahawa ...

Bencoolen mendapat namanya daripada Kampong Bencoolen (juga dieja sebagai Campong Bencoolen), dan kawasan ini meliputi Waterloo Street, Prinsep Street, Queen Street, Albert Street dan Middle Road!

Kawasan Bencoolen mula menjadi popular pada 2017 dengan pembukaan Downtown Line baharu (stesen MRT Bencoolen - DT21) yang merupakan stesen MRT terdalam di Singapura, dengan kedalaman 43 meter di bawah tanah!

Anda boleh bersiar-siar di sini sehari suntuk untuk menikmati pelbagai aktiviti yang ada.

Sekarang, mari kita kunjungi beberapa tempat menarik yang tidak diketahui ramai yang terletak di Bencoolen sendiri!



1. National Museum of Singapore
2. Bugis Street
3. Albert Food Center
4. Syam Corners (Halal)
5. Nobu-Ya


 

Tempat-Tempat Menarik Dalam Negara
– Pulau Ubin




 
Percutian di Pulau Ubin akan mengembalikan anda ke suasana 1960-an di Singapura. Pulau berbentuk bumerang ini meliputi keluasan 1,020 hektar, dan menempatkan desa-desa atau kampung-kampung lama di Singapura, selain Tanah Besar Chek Jawa, iaitu salah satu ekosistem yang terkaya di Singapura.

Mendatangi Pulau Ubin & Kos Bot Awam
Untuk sampai ke Pulau Ubin, anda perlu menaiki bot awam dari Terminal Feri Changi (bersebelahan dengan Kampung Changi). Bot-bot awam ini akan mula beroperasi seawal jam 6 pg. ke 7 pg.

Perjalanan anda akan mengambil masa sepuluh minit dan berharga $4 setiap orang (tambah $2 lagi jika anda membawa basikal anda) bagi setiap perjalanan. Tiada waktu pelepasan yang tetap untuk pergi ke dan balik dari pulau kerana bot-bot awam ini hanya akan berlepas setelah mendapatkan 9 hingga 12 penumpang. Sila sahkan tambang anda dengan pengendali bot awam.

Sila aturkan perjalanan pulang anda terlebih dahulu dengan pengendali bot jika anda ingin meninggalkan Pulau Ubin selepas 6 ptg. Jika tiada bot yang tersedia di jeti Pulau Ubin untuk membawa anda pulang, sila telefon talian bantuan NParks di 1800-471 7300 untuk mendapatkan bantuan.

Apakah Benda Yang Perlu Dibawa?
Air minum, penghalau serangga, pelindung suria, baju hujan & kasut serta topi yang selesa.

Apakah Aktiviti Menarik di Pulau Ubin?
Setibanya anda di pulau, anda boleh menjelajahi denai-denai yang ada dengan berjalan kaki, mengayuh basikal, menaiki van sewa atau menyertai rombongan berpandu yang disediakan. Sebelum anda melawati Pulai Ubin, anda digalakkan untuk menonton video di bawah.



Klik Di Sini Untuk Merancang Percutian Anda di Pulau Ubin!

 
 
Perkembangan Terkini

Apa Yang Perlu Dibuat Jika Anda Terdedah
Kepada Atau Diuji Positif Untuk COVID-19 


 
 
Apakah yang anda patut lakukan jika anda sakit, sihat tetapi diuji positif, merupakan kontak rapat, atau anda tidak pasti tentang apa yang harus dibuat? Klik pada pautan di bawah untuk maklumat lanjut. Di sini, anda juga akan dapat mengetahui cara untuk mengecam teks penipuan COVID-19.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang cara untuk menjalani kehidupan dengan COVID-19

Klik di sini untuk maklumat terkini tentang COVID-19


 
Program Penggalak Vaksin COVID-19
 
 
Suntikan penggalak COVID-19 adalah satu lagi dos vaksin COVID-19 yang diberikan kepada individu-individu yang mana perlindungan mereka terhadap COVID-19 telah berkurangan selepas melengkapkan pengambilan dua dos vaksinasi yang ditetapkan.

Anda mungkin bertanya jika pemberian suntikan penggalak ini bermakna vaksin-vaksin COVID-19 semasa adalah tidak cukup berkesan, tetapi ini bukan keadaannya. Meskipun vaksin-vaksin COVID-19 adalah berkesan untuk berlindung daripada COVID-19 dan variannya, tahap perlindungan tersebut akan menurun lama-kelamaan.

Mendapatkan suntikan penggalak boleh meningkatkan tahap kekebalan dan perlindungan terhadap COVID-19.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Program Vaksinasi Penggalak COVID-19. .


 

Tahun Baru Cina
 
 
Tahun Baru Cina atau juga dikenali sebagai “Pesta Musim Bunga” dan “Tahun Baru Lunar”, jatuh pada awal musim bunga di hemisfera Utara. Perayaan Tahun Baru Cina disambut oleh masyarakat Cina yang tinggal di sekitar dunia, dan telah mula diraikan sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Tahun Baru Cina ditandakan dengan bunga Plum Blossom, yang menggambarkan keberanian dan harapan, serta bunga Narcissus, yang dipercayai adalah “bunga bertuah”. Pada waktu perayaan ini, kertas merah bentuk wajik dengan ungkapan “Selamat Berjaya” ditulis dalam huruf Cina, dan “oren bertuah” juga dapat dilihat di rumah-rumah penyambut perayaan.

Selamat menyambut Tahu Baru Cina 2022 yang penuh dengan kebahagiaan dan kemakmuran untuk anda dan keluarga anda!

Semoga tahun baru lunar ini membawa kebaikan dan kejayaan untuk Singapura, perniagaan kami, tetamu kami dan kepada kita semua di Worldwide Hotels.
 
 

Apakah Itu Penipuan Pembelian Dalam Talian?
 
 
Mangsa-mangsa kepada penipuan jenis ini biasanya tertarik dengan apa yang kelihatan seperti tawaran yang hebat untuk membeli alat, tiket taman hiburan atau tiket konsert yang dijual dalam talian. Mereka akan membuat pembayaran kepada “penjual” yang berjanji untuk menghantar item tersebut. Dalam sesetengah kes, penjual akan bertegas meminta bayaran tambahan untuk duti atau caj penghantaran, selepas pembayaran pertama telah dibuat. Akhirnya, mangsa tidak akan menerima item tersebut.

Apakah Perkara Yang Patut Diawasi
• Tawaran masa-terhad atau tawaran kilat yang berharga jauh lebih rendah daripada harga pasaran
• Alat-alat atau item-item popular yang berharga jauh lebih rendah
• Kurang maklumat diberikan tentang produk atau terma dan syarat tidak dinyatakan
• Hanya membenarkan pindahan bank dan bukannya menggunakan pilihan pembayaran platform
• Meminta perbualan dihapuskan daripada platform beli-belah tersebut

Apakah Yang Patut Dibuat
• Jangan bersetuju untuk membuat pindahan bank sebelum barang diterima
• Jika boleh, hanya buat pembayaran sewaktu penghantaran diterima
• Gunakan pilihan pembayaran platform yang lebih selamat
• Pastikan semua yuran telah dinyatakan dari awal

Maklumat Lanjut
 
 
 
Gaya Hidup
 
Tingkatkan Kesihatan Anda Pada 2022
 


 
Tip #1
Makan Lebih Banyak Sayur-sayuran

Perkara pertama yang perlu dijaga untuk meningkatkan kesihatan anda adalah makanan anda. Kajian menunjukkan peningkatan kesihatan yang ketara bagi orang yang makan lebih banyak sayur-sayuran.
 
 
Tip #2
Minum Lebih Banyak Air

Walaupun bunyinya mudah, perkara ini sukar dilakukan oleh mereka yang sering terlupa untuk minum air yang mencukupi sepanjang hari. Untuk memupuk tabiat ini, mulakan dengan meminum satu gelas besar air pada waktu pagi, dan bawa sebotol air dengan anda untuk diminum sedikit demi sedikit sepanjang hari.
   
 
Tip #3
Kerap Bersenam

Pergerakan badan adalah cara yang baik untuk menambah kesihatan anda. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa senaman ringan sahaja sudah memadai untuk meningkatkan atau mengekalkan fungsi kognitif, memperbaiki tidur dan mendorong kehilangan berat badan.
   
 
Tip #4
Bermeditasi

Meditasi juga adalah amat baik untuk kesihatan anda kerana ia boleh meningkatkan sistem imun anda, menurunkan tekanan darah dan memperbaiki kadar jantung. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan tekanan, keresahan dan kemurungan.
   
 
Tip #5
Ubah Mentaliti Anda Untuk Meningkatkan Kesihatan Anda  

Kesemua ini tidak akan diperoleh tanpa mentaliti yang sihat. Apabila anda berfikiran secara sihat, diri anda boleh bertambah sihat. Satu cara untuk melakukannya adalah dengan mengambil beberapa minit pada setiap hari atau minggu untuk bermeditasi menggunakan pemikiran atau kata-kata atau pengakuan yang positif seperti “Saya sihat. Saya kuat.”

   

Rahsia Untuk Hentikan Pemikiran Negatif    


Tonton video ini jika anda ingin tahu mengapa mentaliti anda perlu diubah untuk meningkatkan kesihatan anda.

 
 
 
Tahniah kepada Pemenang-pemenang bagi
Isu Oktober 2021
 
Hotel 81 Dickson Farhadur Rahman
Senior Front Office Executive
 
Hotel 81 Violet James Teng
Senior Front Office Executive
 
Hotel Mi Coen Law
Senior Front Office Executive
 
Hotel 81 Gold Rose Adlinah
Senior Front Office Executive
 
 
 
Pop Kuiz!

Ambil Pop Kuiz kami dan berpeluang memenangi Staycation 2H1M untuk 2 orang!

Peraduan akan berakhir pada 15hb Mac 2002. Pengumuman pemenang akan dibuat pada April 2022.

Ambil kuiz di sini!
 
Worldwide Hotels kini memiliki dan mengurus 6 jenama hotel di Singapura; Hotel Boss, V Hotel, Hotel Mi, Value Hotel, Venue Hotel dan Hotel 81. Jenama-jenama ini merangkumi lebih 6,500 buah bilik dalam 38 buah hotel, menjadikan Worldwide Hotels sebagai kumpulan hotel berskala sederhana Singapura yang terbesar di dalam negeri.
 

Owned & managed
 
    
 
       
 
Discover Worldwide Newsletter archive
2021 Oct       2021 July       2021 April       2021 Jan      
2020 Oct       2020 July       2020 Jan      2019 Oct