Ada masalah untuk melihat e-mel ini? Lihat versi dalam talian di sini

Dapatkan Surat Berita Worldwide dalam Berbilang Bahasa
English    华语     Melayu


Klik di sini untuk kongsi melalui WhatsApp



 
Worldwide Hotels
 
 

Mesej daripada Ketua
Pegawai Eksekutif kami

Rakan Sekerja yang Dihormati,,

Keadaan industri pelancongan dan hotel sekarang ini masih tidak pasti, dan kami tidak mengharapkan sempadan antarabangsa untuk dibuka pada bila-bila masa dalam tahun ini. Situasi ini sedang diawasi dan langkah-langkah berhemat sedang diambil untuk menguruskan aliran tunai, risiko dan pelaburan kami.

Bagaimanapun, pihak syarikat tetap menghargai semua sumbangan anda, khususnya mereka dalam pasukan barisan hadapan. Dengan itu, saya ingin mengumumkan bahawa kebanyakan rakan sekerja kita telah diluluskan bonus dan kenaikan pangkat ke taraf yang sama sebelum pandemik Covid bermula. Berita ini akan dimaklumkan oleh HR melalui e-mel dalam beberapa hari ini. Saya juga terharu dan bersyukur dengan keputusan pasukan pemimpin kita yang telah menolak bonus mereka dan semua kenaikan pangkat pada 2022, untuk bersama-sama berkorban dengan saya dan anda semua.

Saya harap semua orang akan berusaha lebih keras, dan terus mematuhi Nilai-Nilai Teras WWH, iaitu Kerja Berpasukan, Menghormati, Integriti, Komitmen dan Akauntabiliti.

Sekali lagi, terima kasih atas sumbangan anda semua dan jangan lupa untuk terus menjaga diri anda.

Salam Mesra,

Carolyn Choo

 
Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels
 
 
 

Nilai-Nilai Teras & Pemacu Utama bagi Worldwide Hotels

 
 
Nilai-Nilai Teras Worldwide Hotels – Berbilang Bahasa
 
Inggeris    Cina   Melayu   Tamil
 
 


Seiring dengan Nilai-Nilai Teras Kami dan untuk memastikan sepenuh persefahaman, sila ambil masa untuk mencuba permainan "WWH Kahoot! Gamification ".

"WWH Kahoot! Gamification" adalah permainan yang amat mesra pengguna dan boleh digunakan untuk mempromosikan Nilai-Nilai Teras Kami dalam suasana baharu. Klik pada url di bawah "WWH Kahoot! Gamification"

Cara Untuk Bermain
 
 
Kategori Cemerlang
 
Program Penghargaan Semua Sekali WWH
 
 
Semua ahli pasukan Worldwide Hotels harus berusaha untuk menyampaikan layanan yang cemerlang dalam setiap aspek perkhidmatan tetamu.

Program Penghargaan Semua Sekali WWH akan mengiktiraf individu-individu pada setiap suku tahun, yang mana telah benar-benar mendukung Nilai-Nilai Teras Kami seperti berusaha lebih keras untuk meningkatkan pengalaman tetamu, menyelesaikan masalah dengan berkesan atau berkhidmat dengan cemerlang, dan sentiasa bersedia untuk membantu.

Sekarang ini, saya dengan sukacitanya ingin mengucapkan tahniah kepada Penerima Anugerah Program Penghargaan Semua Sekali WWH bagi S3 2021 atas prestasi cemerlang mereka.



Ms. Wong Sui Jin, Wynne - HM, Hotel 81 Chinatown
Ms. Marsya Binte Juraimi - GSM, Value Hotel Thomson
Mr. Hein Zaw - Chief Engineer, Hotel Laundry
Mr. Chua Wei Hao Kingston - SFOE, Hotel Boss
Ms. Muslimah Binte Abdul Rahim - JE, Hotel 81 Balestier

Tahniah diucapkan kepada mereka. Terima kasih kerana telah mematuhi Nilai-Nilai Teras Kami dalam membuat keputusan anda dan atas usaha anda untuk memastikan kejayaan Wordwide Hotels, dan menjadikannya tempat kerja yang baik dan bersepadu untuk kita semua. Terima kasih juga kerana masih mengekalkan tahap perkhidmatan dan layanan tetamu yang cemerlang pada masa yang mencabar ini.

Nama Butir-butir
Cik Wynne Wynne memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik, di mana semua ahli pasukan baharu di bawahnya telah berjaya dilatih dengan baik. Wynne menghargai usaha dan sumbangan pasukan beliau, dan sentiasa memastikan semua ahlinya mengetahui yang mereka dihargai. Beliau juga telah mengeluarkan duit sendiri bagi membeli hadiah penghargaan untuk Eksekutif Pejabat Depan baharu kita yang mana telah terus bertahan dan menyokong kami semasa tempoh percubaan mereka. Sebarang cabaran yang mungkin dihadapi juga telah diatasi dengan penuh keyakinan dan etika kerja yang kuat.
Cik Marsya Marsya sentiasa berusaha untuk memastikan keselesaan tetamu walaupun mereka berada jauh daripada keselesaan kerana perlu bekerja. Marsya biasanya akan menegur setiap tetamu yang berada di lobi, dan menyambut mereka apabila mereka pulang ke hotel supaya mereka tidak berasa sepi. Setiap kali waktu perayaan, semua tetamu akan disambut dengan ucapan perayaan. Kemesraan dan keikhlasannya benar-benar menyenangkan tetamu kita.
En. Hein Zaw Sebagai Ketua Jurutera, Hein Zaw bertanggungjawab untuk memastikan pasukan penyenggaraan operasi dobi sentiasa dapat bekerja dengan lancar. Semua masalah teknikal akan segera dibaiki untuk mengurangkan masa gangguan dalam operasi dobi kami. Ada suatu hari, “Terowong” dobi telah rosak dan selama beberapa malam, Hein Zaw telah bekerja keras untuk cuba mengesan kerosakan itu dan membaikinya dengan jurutera kami yang berpangkalan di Jerman. Pasukan kami benar-benar menghargai ketekunan dan komitmen Hein Zaw, dan beliau amat dihormati sebagai ahli pasukan.
En. Kingston Kingston memiliki ciri-ciri kepimpinan yang hebat dan sentiasa mengutamakan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan dalam kerjanya. Meskipun dibebani banyak tugas, beliau sentiasa bersedia untuk membantu rakan-rakan sekerja jika boleh. Kingston juga telah berjaya memadamkan kebakaran kecil yang berlaku di jalan masuk hotel dan memberitahu MOD. Kami amat menghargai kesungguhan beliau untuk membantu orang lain dan komitmen tinggi yang ditunjukkan kepada syarikat.
Cik Muslimah Muslimah (Emma) sentiasa bersedia untuk belajar perkara baharu setiap hari. Contohnya, Emma telah mengambil inisiatif untuk memeriksa sebuah bilik kosong bagi memastikan kemudahan tambahan telah dibuat menurut SOP Pengemasan. Inisiatif seperti ini untuk memastikan pematuhan terhadap SOP, patut dicontohi. Apabila ditanya tentang tindakannya, Emma berkata “Saya perlu mengenali produk saya dan memastikan kualitinya sebelum saya cuba menjualnya kepada orang lain”. Syabas Emma!

Maklumat lanjut tentang para Pemenang &
Program Penghargaan Semua Sekali WWH.
 
 
Kemas Kini WWH C.A.R.E.S
 
 
WWH C.A.R.E.S
Clean - Attentive - Reliable - Environment - Safety

Sila terus tingkatkan pengetahuan anda dengan Program WWH C.A.R.E.S kita dan dipatuhi Langkah Pengurusan Selamat kita.

Langkah-Langkah Kita Sekilas Pandang



Bersandarkan Nilai-Nilai Teras Kami dan pengalaman hospitaliti di Singapura sepanjang 25 tahun lepas, komitmen Worldwide Hotels C.A.R.E.S mengutamakan pematuhan protokol kesihatan dan kebersihan yang ketat untuk memastikan kesejahteraan tetamu dan pekerja kami. Worldwide Hotels sentiasa mengawasi dan menyemak protokol kebersihan agar ia menepati standard pengesahan Agensi Alam Sekitar Negara.

Kami akan sentiasa memperbaiki langkah-langkah kesihatan dan keselamatan kami, jadi sila ambil masa untuk menyemak Laman Penambat WWH C.A.R.E.S. dan Langkah-Langkah Utama yang telah dikemas kini.

Maklumat lanjut tentang rupa baharu
 
 
Sorotan
 
Kenaikan Pangkat & Pengaturan Pekerja
 
 
Kami bersukacita untuk mengumumkan kenaikan pangkat bagi pekerja-pekerja yang berikut dan tahniah diucapkan kepada:

Mr. Eric Phoon - Promoted to Acting HM (Hotel 81 Balestier)
Ms. Tengku Sarinah Binte Tengku Ismal - Promoted to AM (Hotel 81 Star)
Mr. Muhammad Azmi Bin Suhaimi - Promoted to AM (within 81, Value & Venue)
Mr. Mohammad Norazmi Bin Jumahat - Deployed to manage Hotel 81 Princess

 
 
Kenali Secara Rapat...
 
Kumpulan pekerja Worldwide Hotels berasal dari semua golongan hidup. Selain berdedikasi terhadap kecemerlangan dalam hospitaliti, kesemuanya mempunyai hobi dan minat lain di luar kerja. Ayuh kenali...
 
Doris Yap
 
 
Operasi Kewangan – HQ
Nota: Beberapa gambar telah diambil sebelum COVID-19
 
Apakah fakta menarik tentang diri anda yang tidak diketahui oleh kebanyakan rakan sekerja anda?
Di tempat kerja pertama saya, rakan-rakan sekerja saya telah mengejek saya kerana saya tidak fasih bercakap, membaca atau menulis dalam bahasa Inggeris. Itulah yang telah membakar semangat dan kesungguhan saya untuk memperbaiki diri saya dengan mengambil kelas malam dan kursus perakaunan. Itu bukan perkara mudah bagi saya, dan memikirkan kembali keadaan itu pada hari ini, saya perlu berterima kasih kepada mereka kerana telah “membakar saya” untuk berada di mana saya berada sekarang ini.

Sila kongsikan 1 waktu atau peristiwa yang paling diingati oleh anda?
Pada 1980, saya telah ditawarkan bekerja di Goodwood Park Hotel. Itu merupakan kali pertama saya berada di Orchard Road jadi, saya tidak tahu di mana letaknya hotel tersebut. Akhirnya, saya terpaksa menaiki teksi dari CK Tang (sekarang Singapore Marriot Tang Plaza) ke Goodwood Park Hotel, yang terletak kurang dari 5 minit jarak berjalan. Dan, di situ juga saya telah bertemu dengan jantung hati saya.

Siapakah yang anda paling kagumi dan mengapa?
Encik Lee Kuan Yew, bapa pengasas Negara. Adanya Singapura pada hari ini adalah atas wawasan dan usaha Encik Lee, dan saya sentiasa bersyukur kerana dapat menikmati hasilnya.

Apakah yang mendorong/memotivasikan anda?
Saya amat menyayangi kerja saya dan pasukan saya. Setiap hari, saya bertekad untuk membuat kelainan yang bermakna, supaya saya ada tujuan untuk bangun setiap hari dan rasa bersemangat untuk bekerja sekali lagi. Saya juga berpuas hati jika saya dapat membangunkan ahli-ahli pasukan yang berjaya.

Apakah hobi anda?
Saya suka bermain badminton dan tenis semasa muda. Sekarang ini, saya lebih suka bermain mahjong dan selepas pandemik ini berakhir, saya tidak sabar untuk melancong ke destinasi-destinasi impian saya.
 
 
Kenali Secara Rapat...
Ng Lian Meng
 
 
Pengemasan - Hotel 81 Elegance
Nota: Beberapa gambar telah diambil sebelum COVID-19
 
Apakah fakta menarik tentang diri anda yang tidak diketahui oleh kebanyakan rakan sekerja anda?
Saya pandai berlakon dan saya boleh mengawal kemarahan saya. Jika saya sedang bersedih, saya tidak akan menunjukkannya kepada rakan-rakan sekerja saya supaya mereka juga tidak berasa sedih. Selalunya, rakan-rakan sekerja saya akan melihat saya sentiasa tersenyum.

Sila kongsikan 1 waktu atau peristiwa yang paling diingati oleh anda?
Saya berasal dari Sabah, Malaysia, dan saya bekerja di bahagian pengemasan di Hotel 81. Ini adalah kerja pertama saya di Singapura sampai ke hari ini, dan saya mula bekerja semenjak 1 Oktober 1998. Saya telah berkeluarga sepanjang 23 tahun lepas, dan memiliki 2 orang anak perempuan, dan rumah sendiri di JB Malaysia. Saya berbangga untuk bekerja di syarikat ini yang stabil dan sentiasa berkembang. Sebab itu saya berani untuk meminta isteri saya duduk di rumah sahaja dan menjaga keluarga dan anak-anak kami.

Siapakah yang anda paling kagumi dan mengapa?
Dalam hidup saya, orang yang paling saya kagumi adalah arwah bapa saya. Sebagai satu-satunya pencari nafkah untuk keluarga 7 orang, beliau telah menunjukkan contoh yang baik sebagai bapa dan penjaga keluarga. Beliau juga adalah ketua kampung di Sandakan Sabah, dan selalu membuat kerja kebajikan, serta sentiasa cuba untuk membantu orang yang memerlukan, seperti menyumbang bahan-bahan untuk membina jambatan baharu atau membaiki jambatan yang rosak. Bukan saya seorang sahaja yang mengagumi bapa saya, malahan seluruh Sandakan turut mengaguminya!

Apakah yang mendorong/memotivasikan anda?
Keluarga saya serta pendidikan dan masa hadapan anak-anak saya adalah motivasi terbesar bagi saya. Saya telah bekerja syif malam lebih 10 tahun dan saya tinggal di JB (sebelum Covid). Bekerja 12 jam sehari dan berulang-alik antara JB dan Singapura memang meletihkan! Bila-bila masa saya kesedihan atau keletihan, saya akan berfikir tentang keluarga saya dan inilah yang sentiasa mendorong saya untuk terus bertahan.

Apakah hobi anda?
Saya suka melukis dan saya suka Seni & Kraf juga. Anak perempuan saya selalu meminta saya membantu mereka dalam kerja seni & kraf mereka. Pada waktu cuti, saya akan menemani isteri saya membeli-belah atau mencari tempat-tempat makan yang menarik bersama keluarga saya.
 
 
 

Keluarga WWH
 
 
Tahniah kepada rakan-rakan sekerja kita yang telah menyambut kehadiran cahaya mata pada S3 2021:

Muhammad Muhaimin Bin Abdul Rashid - Hotel 81 Tristar
Suganya D/O Govindasamy Raju
- V Hotel Lavender
Ng Howe Wei Fabian - Hotel 81 Orchid
Teo Zhen Chang Patrick - Hotel Boss   |   Chee Nanping Andrew - Hotel Boss
 
 
 
Perkhidmatan Pilihan

Dobi Hotel




Bilakah Dobi Hotel telah mula beroperasi?
Dobi Hotel Worldwide Hotels telah memulakan Operasi pada 15 Jun 2007. Pada awalnya, kami mempunyai 1 Terowong (klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Terowong), 4 Pengering, 2 Penggosok, 2 mesin Lipat Tuala, 2 Pencuci Kendiri dan 2 Pengering Kendiri.

Hari ini, saiz dobi kami adalah hampir dua kali lebih besar, dan pada tahun hadapan, kami akan menambahkan satu lagi Terowong, Pelipat Tuala, dan Penggosok yang lebih berkuasa.

Terangkan tugas harian bagi rakan-rakan sekerja anda di bilik dobi.
Di Bilik Dobi, kami ada banyak bahagian termasuk: Penghantaran, Pengasingan, Pemuatan Terowong (Linen Kotor), Pemunggahan Terowong (Linen Bersih), Sarung Bantal, Penggosok, Melipat Tuala, Melipat Alas Kaki. Trak Dobi WWH akan mengumpulkan linen kotor daripada Hotel-hotel dua kali sehari, antara jam 5.30 pg ke 2.00 ptg & 2.30 ptg ke 10.00 mlm
  • Jabatan Pengasingan: Operator Pengasingan akan mengasing-asingkan linen hotel individu.
  • Semua linen yang telah diasingkan akan ditolak ke Terowong untuk dimuatkan masuk.
  • Linen kotor atau linen basuh khas akan ditolak terus ke Penarik Keluar Pencuci Kendiri untuk dibersihkan secara khusus.
  • Terowong akan mengambil 90 saat untuk menyiapkan kitaran basuh dalam 12 kompartmen.
  • Selepas linen digosok, ia akan dihantar secara automatik melalui Pengangkut ke Pengering untuk Dikeringkan (Tuala – 22 minit, Cadar – 2 minit, Alas Kaki – 24 minit).
  • Linen bersih akan dihantar ke bahagian berlainan untuk diproses oleh Operator.
  • Ketua Kumpulan akan menghantar mesej WhatsApp untuk memberitahu kuantiti linen bersih yang perlu dihantar ke hotel-hotel individu berdasarkan linen kotor dan bekas-bekas yang telah dikumpulkan.
Apakah yang anda atau rakan sekerja anda lakukan untuk memastikan semua linen dihantar ke hotel tepat pada waktunya?
Kami bekerja sebagai satu kumpulan untuk mencepatkan proses yang disebut di atas dan, mengikut jadual yang ketat.

Fakta Menarik


 
 
 
Mengenali Kejiranan Anda – Little India
 
 
Rakan sekerja kami, John Seah, telah bersiar-siar di Little India untuk menunjukkan kepada kami beberapa tempat menarik yang tidak diketahui ramai, tetapi sebelum itu, tahukah anda bahawa ...

Jalan-jalan di kawasan Little India telah dinamakan sempena penduduk dalam abad ke-19. Jalan Dunlop misalnya, telah mengambil nama sebuah keluarga Eropah, sementara Lorong Belilios telah dinamakan sempena pengimport lembu bernama I.R. Belilios. Lorong Campbell pula, telah dinamakan sempena askar Inggeris bernama Sir Colin Campbell.

Little India juga pernah menempatkan sebuah balapan lumba kuda, dan ada penggembala lembu yang duduk di sini, dan penduduknya juga pernah menggunakan kebuk yang diperbuat daripada batu bata. Meskipun benda-benda dan penduduk seperti ini sudah lama lenyap, daerah ini masih mengekalkan ciri-ciri yang bersejarah. Perniagaan tradisonal masih dijalankan bersama dengan perniagaan moden dan ini termasuk penjual kalungan bunga, restoran-restoran moden, hotel-hotel butik dan persatuan seni.

Hari ini, Little India merupakan salah satu daerah yang paling menarik di Singapura. Jalan Seranggon dan kawasan yang berhampiran dengannya ada menempatkan kuil-kuil Hindu dan Cina, masjid dan juga gereja.

Sekarang, mari kita melihat tempat-tempat menarik di Little India yang tidak diketahui ramai!



1. Indian Heritage Centre
2. Former House of Tan Teng Niah
3. Mustafa Centre
4. The Malayan Council (Halal)
5. Meatsmith Little India


 
 
Cuti-cuti di Singapura!

Peringatan: SRV akan berakhir pada 31 Disember 2021.
Sila pastikan anda memanfaatkan baucar SRV anda.


 
 
Bagi menyokong perniagaan pelancongan tempatan, baucar SingapoRediscover boleh digunakan untuk tempat-tempat tarikan, penginapan hotel dan lawatan. 19 daripada hotel kita menyertai program ini dan dipaparkan di lima platform tempahan; Trip.com, Traveloka, KLOOK, Changi Recommends dan GlobalTix. Selanjutnya, syarikat kita telah menyediakan 2 tawaran penginapan hotel khas untuk kita dan keluarga.

Promosi 1





Promosi 2



 
Jadi tetamu kami dan nikmati faedah berikut apabila anda membuat tempahan penginapan hotel anda melalui Platform ‘KLOOK’ dengan menggunakan ‘Baucar SingaporeRediscover’ (SRV) anda.

1. Tempahan di hotel WWH (tempatan)
Anda boleh memilih satu malam tambahan percuma!

2. Dijamin daftar masuk awal selepas jam 0900 & keluar pada jam 1600.

*Nota: Satu malam penginapan percuma boleh diatur bagi sebarang tarikh pilihan anda sebelum 30 Nov 2021.

Kakitangan (penghuni) dan pasangan atau rakannya (penghuni bersama) yang menempah penginapan di hotel kami dengan penggunaan SRV melalui KLOOK, semua pihak akan layak untuk menerima keistimewaan yang sama, dengan syarat kakitangan tersebut adalah penghuni bersama.

Jadi, buatlah tempahan penginapan anda melalui ‘KLOOK’ (berdasarkan harga yang diterbitkan), imbas dan emelkan slip pengesahan tempahan ‘KLOOK’ anda kepada Cik Karen Ng (Tempahan) untuk memproses/mengatur penginapan satu malam percuma anda.

Cik Karen Ng boleh dihubungi di:
E: karenng@wwhotels.com
T: 66640721

 
 
Perkembangan Terkini

Status Vaksinasi WWH


 
 
Kadar vaksinasi COVID-19 bagi pekerja kami adalah tinggi, iaitu sebanyak 98% (menurut laporan pada 16 September 2021). Baki 2% selebihnya merangkumi mereka yang tidak mengambil vaksin atas nasihat Doktor dan masalah kesihatan yang lain.

Kami ingin menggalakkan pekerja yang belum divaksinasi untuk berjumpa dengan doktor mereka dan mendapatkan konsultasi tentang pilihan/pengaturan alternatif lain bagi mendapatkan vaksin.

Rakan-rakan sekerja yang berumur 60 tahun dan ke atas digalakkan untuk mendapatkan suntikan tambahan ke-3 jika ditawarkan.

Status vaksinasi bagi hotel-hotel luar negara kami di Australia dan Malaysia juga hampir mencecah 100%.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang program vaksinasi COVID-19


 
Panduan Mudah Bagi Kit Ujian Kendiri Untuk Ujian Pantas Antigen (ART)
 
 
Dari 28 Ogos hingga 27 September 2021, Kementerian Kesihatan (MOH) akan mengedarkan kit ujian kendiri ART kepada semua isi rumah. Dapatkan maklumat lanjut tentang pengedaran dalam siaran akhbar dan  FAQ, atau belajar cara untuk melakukan sendiri ujian kendiri ART, di sini..

Untuk pertanyaan berkaitan dengan Kit Ujian Kendiri ART, telefon 6876 5830

Untuk pertanyaan berkaitan dengan Pengedaran Kit Ujian Kendiri ART dalam Negara, telefon 6876 5835

Sila rujuk kepada FAQ untuk maklumat lanjut.


 

ABCD bagi Kit Ujian Kendiri ART




Act (Bertindak)
Bertindak jika anda bimbang anda mungkin menghidap COVID-19. Dapatkan sekurang-kurangnya dua kit ujian kendiri ART untuk disimpan di rumah jika anda memerlukannya.

Be (Ketahui)
Ketahui dan baca dengan teliti cara menggunakan kit ujian kendiri ART dengan betul, mengikut arahan pengeluar. Arahan dan keperluan akan berbeza mengikut jenama kit yang digunakan.

Check (Periksa)
Periksa diri anda!

Dispose (Buang)
Buang kit yang telah digunakan seperti yang diarahkan.

Klik di sini untuk menonton video dalam bahasa lain
 
 

Deepavali
 
 
Deepavali atau “Pesta Cahaya”, adalah salah satu perayaan utama yang diraikan oleh penganut Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini jatuh pada waktu yang sama dengan Tahun Baharu Hindu, dan ia menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan. Selain daripada hiasan lampu yang menarik, sajian makanan yang lazat, dan waktu-waktu bahagia bersama keluarga, perayaan ini juga menyedarkan kita tentang kehidupan supaya kita berubah menjadi lebih baik pada tahun hadapan, untuk kita memberi dan memaafkan, untuk kita berpadu dan bersatu, untuk kita mengejar kemakmuran dan kemajuan, dan banyak lagi.

Semoga pesta cahaya ini menerangi hidup anda dengan sepenuh kemakmuran, kesihatan dan kebahagiaan. Selamat menyambut Hari Deepavali! Jaga diri anda dan semoga anda kekal selamat.
 
 

Krismas & Tahun Baharu
 
 
Hari Krismas yang jatuh pada Disember 25 diraikan oleh berbilion orang di seluruh dunia sebagai acara keagamaan dan kebudayaan untuk memperingati kelahiran Jesus Christ. Inilah waktunya untuk kita bersuka-suka, bergembira, dan meraikannya bersama mereka yang tersayang & kawan-kawan!

Semoga musim Krismas ini berakhir dengan baik agar kita dapat menyambut Tahun Baharu dengan sepenuh keseronokan. Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu kepada semua orang! Jaga diri anda dan semoga anda kekal selamat.
 
 

Perangilah PENIPUAN
 
 
Penipuan dalam talian semakin berleluasa. Pada 2019 sahaja, lebih daripada S$168 juta telah dicuri oleh penipu tanpa disedari. Jumlah ini adalah S$23 juta lebih banyak berbanding tahun lepas. Disebabkan kegiatan penipuan ini semakin licik, kita perlu tahu cara untuk mengecam jenis penipuan terkini dan apa yang kita perlu buat.

Semakin banyak maklumat yang diketahui dan dikongsikan, semakin senang untuk kita mengesan tanda-tanda jenayah ini untuk menghentikannya.

Anda boleh membantu dengan: berjanji untuk sentiasa berwaspada dengan menggunakan Amaran Penipuan terkini daripad ScamAlert. Anda juga boleh membantu mereka yang tersayang untuk sentiasa berjaga-jaga dengan mengongsikan maklumat anda dengan mereka. Bersama-sama, kita boleh mengatasi penipuan dengan menggunakan pengetahuan dan kesedaran kita.

Perangilah penipuan sekarang!
Klik di sini untuk berjanji dan menyertai perang ini!
 
 
 
Gaya Hidup
 
Petua Untuk Mendapat Jantung yang Sihat
 


 
Tip #1
Amalkan Diet yang Sihat

Ambil makanan yang seimbang, dengan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, selain sedikit ikan. Elakkan makanan seperti makanan segera kerana ia mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Minuman manis juga adalah tidak sihat kerana kandungan gulanya yang tinggi.
 
 
Tip #2
Bersenam

Cuba mengambil 10,000 langkah setiap hari, dan lakukan aktiviti fizikal sederhana hingga berat selama 150 minit seminggu (atau 30 minit sehari). Jika anda kesuntukan masa, cuba masukkan aktiviti fizikal ke dalam rutin harian anda, seperti menaiki tangga dan bukannya menaiki lif.
   
 
Tip #3
Kekalkan Berat Badan Yang Sihat

Bagi individu yang terlebih berat badan atau obes, lemak visera mungkin ada di dalam dan di sekitar tisu-tisu badan anda. Jadi, pastikan anda kekalkan berat badan dan BMI yang optimum.
   
 
Tip #4
Jangan Merokok

Jauhkan diri anda daripada rokok untuk menurunkan risiko diserang penyakit jantung dan strok.
   
 
Tip #5
Kurangkan Mengambil Alkohol

Jangan minum lebih daripada satu hingga dua gelas minuman alkohol dalam sehari.

   

4 Senaman Kardio Mudah untuk Mencegah Penyakit Jantung


Melakukan senaman kardio dan pilates ada banyak kebaikan kesihatan termasuk memperbaiki kesihatan jantung. Senaman kardio-pilates menggabungkan manfaat kedua-duanya dalam satu sesi senaman dan berikut adalah beberapa senaman Cardio-pilates untuk mereka yang baru ingin mencuba.

 
 
 
Tahniah kepada para Pemenang bagi  
Keluaran Julai 2021
 
Hotel 81 Dickson Marissa
Front Office Executive
 
Hotel 81 Violet Wayne Lee Chee Mun
Senior Front Office Executive
 
Hotel 81 Gold Rose Adlinah
Senior Front Office Executive
 
Hotel Boss Sarifah Bte Mohamad Ali
Housekeeping
 
 
 
Pop Kuiz!

Ambil Pop Kuiz kami dan berpeluang memenangi Staycation 2H1M untuk 2 orang!

Peraduan akan berakhir pada 31 Disember 2021. Para pemenang akan diumumkan pada Januari 2022.

Ambil kuiz di sini!
 
Worldwide Hotels kini memiliki dan mengurus 6 jenama hotel di Singapura; Hotel Boss, V Hotel, Hotel Mi, Value Hotel, Venue Hotel dan Hotel 81. Jenama-jenama ini merangkumi lebih 6,500 buah bilik dalam 38 buah hotel, menjadikan Worldwide Hotels sebagai kumpulan hotel berskala sederhana Singapura yang terbesar di dalam negeri.
 

Owned & managed
 
    
 
       
 
Discover Worldwide Newsletter archive
2021 July       2021 April       2021 Jan      2020 Oct      2020 July      2020 Jan      2019 Oct