Sukar membaca e-mel ini? Lihat versi online di sini

Buletin ‘Discover Worldwide’ - Pelbagai Bahasa
English    华语     Melayu


Klik di sini untuk berkongsi melalui whatsapp



 
Worldwide Hotels
 
 

Mesej daripada
Ketua Pegawai Eksekutif kita

Rakan-Rakan Sekerja yang dihormati,

Saya semakin optimis bahawa secara beransur-ansur, kita boleh kembali kepada keadaan yang normal tidak lama lagi. Pemerintah kita telah mempercepatkan proses vaksinasi dan Singapura berada di landasan tepat dalam memastikan dua pertiga daripada penduduk kita divaksinasi sepenuhnya menjelang Hari Kebangsaan. Pemerintah telah mengumumkan bahawa kita akan bersiap untuk hidup dengan COVID-19 diurus seperti selesema biasa.

Fokus syarikat pada masa ini adalah untuk berinteraksi dengan lebih baik dengan kakitangan kita dan mempertingkatkan produktiviti proses agar dapat muncul lebih teguh selepas pandemik ini. Kami sedang menyemak dasar-dasar Sumber Manusia kita supaya kita dapat meneruskan semula manfaat gaji kakitangan pra-COVID kepada kebanyakan rakan sekerja kita terutama mereka yang berada dalam pasukan barisan hadapan daripada Operasi, Penyenggaraan dan Dobi. Diharapkan, kami mempunyai berita positif untuk diumumkan di akhir Suku ke-3!

Sila teruskan mematuhi semua langkah-langkah pengurusan selamat dan jaga keselamatan demi keluarga dan rakan sekerja kita.

Yang Ikhlas,

Carolyn Choo

 
Nilai Teras Worldwide Hotels
 
 
 

Nilai Teras & Pemacu Utama Worldwide Hotels

 
 
Nilai Teras Worldwide Hotels - Pelbagai Bahasa
 
Inggeris   Mandarin   Melayu   Tamil
 
 
Kertas Dinding Komputer Nilai Teras Kami
 

Untuk menjadikan Worldwide Hotels sebagai tempat kerja yang berjaya dan inklusif, kami akan menerapkan Core Values kami dalam kerja kami. Oleh itu, sila semak pautan yang menunjukkan bagaimana anda boleh memuat naik kertas dinding komputer Nilai Teras ini ke monitor Meja Depan & Pejabat Belakang di hotel.

Klik di sini
 
 


Sesuai dengan Nilai Teras Kami dan untuk memastikan kita semua terlibat sepenuhnya, luangkan masa untuk menyemak “Gamifikasi Kahoot! WWH”.

“Gamifikasi Kahoot! WWH” merupakan sebuah permainan yang sangat mesra pengguna dan akan mewujudkan suasana baru yang sama sekali berbeza dalam menggalakkan Nilai Teras Kami. Klik url di bawah “Gamifikasi Kahoot! WWH” - Cara Bermain kerana Ketua Kepimpinan anda akan bertemu dan membantu anda lagi.

Kahoot: Bagaimana cara bermain?
 
 
Dewan Kemasyhuran
 
Program Pengiktirafan Semua Bersama WWH
 
 
Semua ahli pasukan Hotel Worldwide harus berusaha untuk memberikan kecemerlangan dalam setiap aspek perkhidmatan perhotelan kepada para tetamu kita.

The Setiap suku tahun, Program Pengiktirafan Semua Bersama WWH mengiktiraf para individu yang telah mempamerkan Nilai Teras Kami secara cemerlang seperti berusaha memberikan yang terbaik demi mempertingkatkan pengalaman tetamu, menangani situasi secara berkesan atau menunjukkan contoh perkhidmatan yang luar biasa dengan sikap yang menyokong.

Dengan sukacitanya, kami mengucapkan tahniah kepada para Penerima Anugerah Program Pengiktirafan Semua Bersama WWH yang berikut atas prestasi cemerlang mereka bagi Suku Kedua tahun 2021.



Cik Cindy Lee Sock Chen - ADOS (Shipping), HQ
Cik Ong Bee Lian Vivian - SFOE, Hotel 81 Heritage
Encik Alvin Quek Jun Rong - FOE, Hotel 81 Rochor
Cik Kamariah Binte Abdul Hamid - GSSO (on attachment from HQ), Hotel Mi
Encik Muhammad Uzair Bin Asmani - SFOE/HK Sup, V Hotel Bencoolen

Ayuh sertai kami untuk mengucapkan tahniah kepada mereka. Terima kasih kerana membuat keputusan berdasarkan Nilai Teras Kami dan berusaha menjadikan Hotel Worldwide sebuah persekitaran kerja hebat yang berjaya dan inklusif untuk kita semua dan menyediakan perkhidmatan tetamu yang luar biasa dalam masa-masa yang mencabar ini.

Nama Butir-butir
Cik Cindy Cindy memiliki semangat kerjasama berpasukan yang tinggi, dan dia berinisiatif serta berkebolehan dalam melaksanakan tugasnya. Paling utama, peranannya sebagai ADOS diakui dan dia sering melebihi jangkaan dengan berkunjung ke hotel-hotel pada hujung minggu untuk memastikan para pelanggan korporat kita dapat mendaftar masuk dengan lancar dan tanpa sebarang masalah. Di samping itu, Cindy juga telah menawarkan diri bagi tugas SMM di Hotel Boss pada malam Hari Natal tahun 2020. Untuk berjaya mendapatkan tempahan korporat secara kumpulan, dia berusaha keras untuk mengurus permintaan tetamu dan memenuhi jangkaan mereka.
Cik Vivian Sebagai seorang SFOE, Vivian mempamerkan inisiatif yang tinggi apabila dia tampil ke hadapan untuk membantu pasukan pengemasan bilik untuk membersihkan bilik serta membersih & menyenggara kawasan umum semasa hotel kekurangan kakitangan. Vivian juga telah menawarkan bantuan dan sokongannya kepada pasukan penghantaran dobi untuk mengangkut sangkar dobi ke atas lori penghantaran. Pelaksanaan kerja yang di luar bidang tugasnya ini mengkagumkan dan sangat dihargai.
Encik Alvin Alvin telah mempamerkan keberanian dan sikap berwaspada ketika dia membantu tetamu lari menyelamatkan diri dan memadamkan api semasa terjadi kebakaran pada pukul 11 malam pada 5 Mei 2021 di Hotel 81-Selegie. Gerak nalurinya untuk memastikan keselamatan tetamu dan keberanian untuk menggunakan pemadam api dan cuba memadamkan kebakaran sebelum SCDF tiba harus dipuji, lebih-lebih lagi kerana dia telah mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan para tetamu dan kakitangan kita serta aset syarikat. Alvin dikejarkan ke hospital untuk pemerhatian dan disahkan sihat untuk pulang pada hari berikutnya.
Cik Kamariah Kamariah menjalankan tugasnya dengan tekun sebagai seorang kakitangan Sokongan Khidmat Tetamu sepanjang bertugas di Hotel Mi. Pada masa-masa diperlukan, Kamariah mempamerkan inisiatif yang hebat dan semangat berpasukan yang tinggi dengan tampil ke hadapan untuk menyokong pasukannya menjalankan beberapa tugas mengemas bilik yang di luar bidang tugasnya di sampipng menghantar makanan kepada tetamu yang sedang menjalani PSHN dan PUQ. Dia juga meneruskan tugas di luar waktu kerjanya untuk menyelesaikan tugas-tugas yang telah diberikan kepada pasukannya.
Encik Abu Muhammad (Abu) adalah seorang SFOE yang sangat teliti menjalankan tugas dan dia juga berkhidmat sebagai Penyelia Pengemasan Bilik di V Hotel Bencoolen. Dia menunjukkan mutu kepemimpinan dan penyelarasan yang cemerlang, dan berusaha memberikan yang terbaik untuk mengurus jangkaan para tetamu, inventori hotel HK, pengawalan serangga perosak, serta urusan berkaitan SMM dan pematuhan. Dia juga telah mendorong dan memotivasikan pasukan Pengemasan Bilik sepanjang tempoh GQF & SHN. Semasa bulan Ramadan, Muhammad telah memesan makanan untuk pasukannya dengan wangnya sendiri, dan bertugas di luar shif untuk membantu dan menyertai rakan sekerjanya yang berugama Islam untuk berbuka puasa bersama-sama.

Maklumat lanjut tentang
Program Pengiktirafan Semua Bersama WWH & para pemenang.
 
 
Kemas Kini WWH C.A.R.E.S
 
 
WWH C.A.R.E.S
Bersih - Prihatin - Dipercayai - Persekitaran – Keselamatan

Sila terus tingkatkan pengetahuan anda dengan Program WWH C.A.R.E.S kita dan dipatuhi Langkah Pengurusan Selamat kita.

Langkah-Langkah Kita Sekilas Pandang



Menerusi WWH C.A.R.E.S kita terus berusaha memperbaiki langkah-langkah kesihatan dan kebersihan kita, baik melalui Audit WWH C.A.R.E.S setiap bulan atau pelaksanaan pusat-pusat teknologi baru.
 
 
Singapolidays!
 
 
Bagi menyokong perniagaan pelancongan tempatan, baucar SingapoRediscover boleh digunakan untuk tempat-tempat tarikan, penginapan hotel dan lawatan. 19 daripada hotel kita menyertai program ini dan dipaparkan di lima platform tempahan; Trip.com, Traveloka, KLOOK, Changi Recommends dan GlobalTix. Selanjutnya, syarikat kita telah menyediakan 2 tawaran penginapan hotel khas untuk kita dan keluarga.

Promosi 1





Promosi 2



 
Jadi tetamu kami dan nikmati faedah berikut apabila anda membuat tempahan penginapan hotel anda melalui Platform ‘KLOOK’ dengan menggunakan ‘Baucar SingaporeRediscover’ (SRV) anda.

1. Tempahan di hotel WWH (tempatan)
Anda boleh memilih satu malam tambahan percuma!

2. Dijamin daftar masuk awal selepas jam 0900 & keluar pada jam 1600.

*Nota: Satu malam penginapan percuma boleh diatur bagi sebarang tarikh pilihan anda sebelum 30 Nov 2021.

Kakitangan (penghuni) dan pasangan atau rakannya (penghuni bersama) yang menempah penginapan di hotel kami dengan penggunaan SRV melalui KLOOK, semua pihak akan layak untuk menerima keistimewaan yang sama, dengan syarat kakitangan tersebut adalah penghuni bersama.

Jadi, buatlah tempahan penginapan anda melalui ‘KLOOK’ (berdasarkan harga yang diterbitkan), imbas dan emelkan slip pengesahan tempahan ‘KLOOK’ anda kepada Cik Karen Ng (Tempahan) untuk memproses/mengatur penginapan satu malam percuma anda.

Cik Karen Ng boleh dihubungi di:
E: karenng@wwhotels.com
T: 66640721

 
 
Sorotan
 
Memadamkan Api di Hotel 81 Selegie
 
 
Pada 5 Mei 2021, Alvin, rakan sekerja Penyambut Tamu kita di Hotel 81 Selegie, dengan beraninya telah memadamkan api di salah sebuah bilik tetamu. Dia telah dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng selama satu malam untuk pemerhatian akibat terhidu asap dan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.

Selepas kejadian tersebut, SCDF membuat siasatan susulan dan memberikan nasihat bahawa menggunakan gelong hos api adalah lebih berkesan berbanding alat pemadam api. Satu lagi peringatan penting adalah tindakan segera yang tepat yang harus diutamakan apabila terjadi kecemasan kebakaran adalah menyelamatkan nyawa dan kemudian mengurangkan kerosakan kepada harta benda. Pengurus Hotel kita harus menjalankan taklimat secara berkala bagi memastikan semua yang berada di hotel mengetahui tentang prosedur kecemasan penting.

Bagi pihak Pengurusan, kami memuji Alvin atas keberanian dan tindakan pantasnya yang telah berjaya memadamkan api.

 
 
Kenali secara Rapat...
 
Worldwide Hotels terdiri daripada para pekerja dari pelbagai lapisan masyarakat. Selain meminati bidang hospitaliti, kakitangan kami mempunyai pelbagai minat dan kegiatan peribadi di luar waktu kerja. Ayuh kenali…
 
Masaharu Kusaka
 
 
Pengurus Besar – Hotel Mi
Nota: Beberapa gambar telah diambil sebelum COVID-19
 
Apakah fakta menarik tentang diri anda yang tidak diketahui oleh kebanyakan rakan sekerja anda? Apa yang membuat anda meninggalkan jurusan Undang-Undang untuk mengejar kerjaya dalam industri Hotel / Hospitaliti?
Semasa di Jepun, pada awalnya saya mengambil jurusan Undang-undang dan Politik, tetapi setelah saya mengetahui tentang bidang Hospitaliti, saya memutuskan untuk beralih. Sehingga hari ini, industri Hospitaliti terus membuat saya teruja dan saya bersyukur kerana dapat memberikan yang terbaik dalam pekerjaan saya yang juga merupakan bidang profesional yang sangat saya minati.

Sila kongsikan 1 momen atau kenangan yang paling membanggakan?
Walaupun kerjaya saya bermula di sebuah hotel yang terletak di sebuah kota kecil di Jepun, tidak lama selepas itu motivasi saya melonjak untuk bertapak dalam bidang Hospitaliti, lantas saya mengambil masa 3 tahun untuk mempersiapkan diri untuk masuk ke salah sebuah sekolah Pengurusan Hotel di Switzerland di mana bahasa pengantaranya adalah bahasa Perancis, bukan bahasa Inggeris.

Ia adalah kenangan yang amat istimewa kerana komunikasi adalah mencabar, tetapi saya dapat mengatasi halangan bahasa tersebut dengan sokongan bekas rakan sekerja saya. Saya masih berhubung dengan beberapa daripada mereka yang berpusat di Switzerland dan saya pasti akan mengunjungi mereka sekiranya saya membuat lawatan ke sana.

Siapakah yang paling anda kagumi dan mengapa?
Penghargaan ini layak diberikan kepada salah seorang bekas bos saya, yang mana saya pernah bekerja dengannya di sebuah hotel peranginan di Bali pada tahun 2008. Setelah tiba di Bali dan dengan pengalaman yang sedikit dalam menguruskan operasi penuh hotel, saya diberi peluang dalam tugasan pertama saya di luar negara untuk mengetuai pembukaan hotel bersama pasukan tempatan di Bali selama tempoh 2 – 6 bulan.

Walaupun bekas bos saya ini telah pulang ke Singapura secara tiba-tiba dalam masa 2 hari selepas saya sampai, saya merasa bertuah kerana telah diberikan kepercayaan yang tinggi untuk menggalas tanggungjawab dan memastikan semuanya berjalan dengan baik, dan ini telah membentuk etika kerja saya sehingga ke hari ini.

Apakah yang mendorong anda / apakah yang memotivasikan anda?
Saya ingin membimbing lebih ramai orang dan dengan pengalaman saya, saya ingin menyumbang kepada hotel di mana saya bekerja.

Hobi anda?
Saya adalah peminat tegar FC Barcelona. Anak saya juga sedang berlatih bola sepak di akademi bola sepaknya dan saya harap dia dapat bermain dengan lebih baik suatu hari nanti!
 
 
Kenali Secara Rapat...
Daniel Sim
 
 
Pengurus Operasi Dobi – Dobi Hotel 81
Nota: Beberapa gambar telah diambil sebelum COVID-19
 
Apakah fakta menarik tentang diri anda yang tidak diketahui oleh kebanyakan rakan sekerja anda?
Saya mempunyai perwatakan yang cukup riang dan bersahaja.

Semasa saya menyertai Kumpulan ini pada tahun 1996, saya sebenarnya bermula sebagai kakitangan Penyambut Tamu dan selepas sepuluh tahun, saya telah diminta oleh Pengerusi Encik Choo untuk menguruskan Loji Dobi di Tuas bermula tahun 2007.

Saya menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Encik Choo sehingga saya menolak tawaran sebuah syarikat dobi lain kira-kira 5 tahun yang lalu.

Walaupun operasi dobi datang dengan pelbagai cabaran, saya dapati masih banyak yang perlu dipelajari.

Sila kongsikan 1 momen atau kenangan yang paling membanggakan?
Saya sangat menyayangi isteri saya, Florence, dan saya bersyukur dikurniakan 5 orang anak lelaki yang saya ingin lihat membesar dengan sihat. Sememangnya saya bangga mempunyai keluarga yang baik.

Siapakah yang paling anda kagumi dan mengapa?
Saya mengagumi Pengerusi Encik Choo yang membuat saya terinspirasi untuk menjadi lebih rajin dan prihatin terhadap kakitangan di bawah jagaan saya.

Apakah yang mendorong anda / apakah yang memotivasikan anda?
Saya mendapat motivasi daripada kepercayaan tinggi yang diberikan oleh orang atasan saya serta sokongan yang saya terima daripada keluarga saya.

Hobi anda?
Saya gemar melancong, mengenali budaya lain dan menikmati makanan tempatan negara lain.
 
 

Sambutan Hari Ibu Di Hotel Boss




Walaupun anda berada jauh beribu batu dari anak-anak anda, ia tidak pernah mengubah hakikat bahawa anda adalah seorang ibu. Hari ibu jatuh pada 9 Mei tahun ini dan seperti ramai rakan warga asing kita yang lain, ibu-ibu ini yang sedang menginap di Hotel Boss tidak dapat pulang disebabkan keadaan pada masa ini. Bagaimanapun, kami berharap kita telah dapat menceriakan mereka dengan menghadiahkan setangkai bunga mawar untuk meraikan Hari Ibu bersama mereka.
 
 

Nota Terima Kasih Daripada
Para Pelajar Maktab Rendah Victoria Di Hotel Mi




Pada bulan lepas, para pelajar dari Maktab Rendah Victoria menjalani Perintah Kuarantin (QO) mereka di Hotel Mi. Sepanjang penginapan mereka bersama kita, kami gembira kerana para pelajar ini menikmati layanan dan perkhidmatan yang kita sediakan. Berikut adalah beberapa nota terima kasih yang ditulis oleh mereka!
 
 
Mengenali Kawasan Kejiranan Anda – Chinatown
 
 
Rakan sekerja kita, Wynne, telah mengelilingi Chinatown untuk menunjukkan kepada kita beberapa permata yang tersembunyi, tetapi sebelum itu, tahukah anda?...

Chinatown merupakan sebuah estet yang sebahagian besarnya terletak di kawasan Outram di Bahagian Tengah Singapura. Dalam Pelan Induk Kotanya pada tahun 1822, Sir Stamford Raffles memperuntukkan seluruh kawasan di sebelah barat Sungai Singapura untuk penempatan orang Cina yang dikenali sebagai Kampong Cina, membayangkan bahawa orang Cina akan membentuk sebahagian besar penduduk bandar di masa hadapan. Singapura, tanah baru yang menjanjikan peluang pada masa itu, telah menarik ramai pendatang dari China, yang memperluaskan sempadan asal kota yang bertenaga dari segi ekonomi dan budaya ini.

Hari ini, Chinatown merupakan Kawasan Bersejarah yang terbesar di Singapura, dan sudut yang penting dan unik yang digelar “Chinatown kita” oleh Warga Singapura.

Sekarang, ayuh kita teruskan dengan beberapa tempat makan menarik yang tidak diketahui ramai yang terdapat di Chinatown!



1. Thian Hock Keng Temple 天福宮
2. Buddha Tooth Relic Temple & Museum 佛牙寺
3. Singapore Musical Box Museum
4. My Awesome Cafe
5. Restaurant Aisyah 西北香 (Halal)


 
 
Perkembangan Terkini
 
Penghijrahan Microsoft 365
 
 
Syarikat baru sahaja memindahkan e-mel kita dari Gsuite ke Microsoft 365. M365 mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan GSuite tetapi dengan pemacu umum perkongsian fail tambahan seperti OneDrive dan Teams. Ini penting untuk bekerjasama, terutamanya semasa Bekerja Dari Rumah, pasukan boleh memuat naik, berkongsi dan mengedit fail secara langsung pada masa yang sama (real time) dengan menggunakan aplikasi yang sudah dikenali seperti Words, PowerPoint dan Excel dengan keselamatan tambahan.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, kami telah menyediakan FAQ & latihan yang boleh dilakukan sendiri untuk semua –
Klik di Sini



 
Pastikan Anda Mudah Dihubungi oleh ‘Contact Tracer’!
 
 
Pakai pelitup apabila keluar rumah. Daftar masuk dan daftar keluar dengan SafeEntry dan gunakan TraceTogether (pengesanan kontak yang dipacu masyarakat) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kita dalam mempercepatkan proses pengesanan kontak.

 
Maklumat lanjut tentang aplikasi mudah alih TraceTogether atau lokasi untuk mengambil Token fizikal TraceTogether: https://www.tracetogether.gov.sg/


 

Program Vaksinasi COVID-19 Singapura

Apa Yang Anda Perlu Tahu





Vaksinasi COVID-19 adalah percuma untuk semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang.

Seperti yang disebutkan oleh Kementerian Kesehatan (MOH), meskipun vaksinasi COVID-19 adalah sukarela, setiap orang yang memenuhi syarat-syarat perubatan untuk mendapatkan vaksinasi apabila ia ditawarkan sangat digalakkan untuk menerimanya.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.
 
 

Pulangkan Dulang Anda dan Pastikan Meja Bersih




Adalah lebih penting pada masa ini berbanding sebelumnya untuk mengamalkan tabiat kebersihan diri dan awam yang baik, jadi ingat untuk:
  • Cuci atau bersihkan tangan anda dengan sanitiser sebelum dan selepas makan
  • Elakkan berkongsi peralatan makan. Gunakan sudu menghidang dan jangan menceduk dua kali
  • Jangan meludahkan makanan di atas meja dan dulang. Gunakan tisu.
  • Kembalikan dulang ke tempat memulangkan dulang yang ditetapkan dan pastikan meja bersih untuk pengguna seterusnya
  • Buang tisu yang sudah diguna dan tisu basah ke dalam tong sampah
Ayuh jadikan tempat makan kita bersih, selamat dan menyenangkan untuk semua!

Klik di sini untuk maklumat lanjut.
 
 

Hari Raya Haji
 
 
Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban jatuh pada 20 Julai pada tahun ini, bersamaan dengan 10 Zulhijjah kalender Islam. Pada hari ini, haiwan seperti lembu, kambing dan biri-biri akan dikorbankan oleh mereka yang mampu dan dagingnya kemudian dibahagi-bahagikan kepada keluarga Islam yang miskin. Ini merupakan satu amalan untuk mengingatkan umat Islam agar sentiasa membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Jangan lupa untuk memastikan jarak sosial pada setiap masa apabila anda keluar mengunjungi keluarga dan rakan-rakan.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Haji 2021 kepada anda dan orang tersayang terlebih dahulu. Jaga diri dan jaga keselamatan.
 
 

Hari Kebangsaan
 
 
9 Ogos - Singapura telah meraih banyak kemajuan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1965.

Selamat Ulang Tahun yang ke-56, Singapura. Ayuh kita semua berganding bahu untuk mengatasi pandemik ini. Pastikan anda sentiasa memakai pelitup, mengamalkan penjarakan sosial, menggunakan aplikasi TraceTogether dan jaga keselamatan!
 
 

Apa itu Penipuan?

Kenali Tanda-Tandanya. Hentikan Jenayah.
 
 
Penipuan dirancang untuk menipu anda supaya memberikan wang, maklumat atau data peribadi anda dengan menawarkan tawaran yang menarik atau maklumat palsu.

Penipu mengambil kesempatan apabila kita leka untuk berwaspada untuk membuat kita membelanjakan wang hasil kerja keras kita. Apabila anda mengetahui cara mengenali tanda-tanda penipuan, anda tahu bagaimana untuk melindungi diri anda. Penipuan berlaku setiap hari di Singapura.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis penipuan dan apa yang harus anda perhatikan dan apa yang harus anda lakukan.
 
 
 
Gaya Hidup
 
Cara Meningkatkan Kesihatan Mental Anda
 


 
Tip #1
Jadi Kreatif

Mencari saluran kreatif sangat membantu untuk menghilangkan tekanan. Cuba melukis, menyulam – apa sahaja yang anda suka.
 
 
Tip #2
Kekalkan Berhubung

Teruskan berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga anda melalui sembang video dan panggilan telefon. Ingat, kita semua sedang melalui tempoh sukar ini bersama-sama.
   
 
Tip #3
Kekal Aktif

Menjaga kesihatan amat baik untuk tubuh dan minda. Yoga, Pilates dan angkat berat semuanya adalah aktiviti yang hebat yang boleh anda lakukan.
   
 
Tip #4
Berehat Sebentar

Siaran berita yang berterusan boleh membuat kita rasa tertekan. Cuba berehat daripada media sosial dan berita untuk mengurangkan rasa cemas.
   
 
Tip #5
Susun Hari Anda

Memastikan hari anda tersusun dengan struktur dan rutin dapat membantu anda mengelak daripada tergelincir dalam tabiat kurang sihat yang boleh menjejas kesihatan mental anda. Rancang untuk mencapai beberapa matlamat kecil setiap hari.

   
Cara Menjaga Kecergasan Di Rumah

Beralih kepada rutin senaman di rumah bukanlah mudah jika anda sudah terbiasa pergi ke kelas untuk senaman HIIT atau yoga – ia memerlukan sedikit ruang dan motivasi dalaman yang tinggi untuk mengikuti pelan senaman di rumah dan mencapai matlamat kecergasan anda. Tetapi menetapkan rutin senaman di rumah adalah satu langkah yang bijak kerana di samping meningkatkan kesihatan fizikal, mengikuti program senaman dapat membantu meredakan rasa cemas sambil anda berusaha mengatasi pandemik ini.

 
 
 
Tahniah kepada Para Pemenang Keluaran
April 2021
 
Hotel 81 Orchid Bryan Ng
Front Office Executive
 
Hotel Classic by Venue Faiza
Front Office Executive
 
Hotel 81 Elegance Derrick Koh
Senior Front Office Executive
 
HQ Judy Kor
Accounts Assistant
 
 
 
Pop Kuiz!

Ambil Pop Kuiz kami dan berpeluang memenangi Staycation 2H1M untuk 2 orang!

Peraduan berakhir pada 30 September 2021. Pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya Julai 2021.

Ambil kuiz di sini!
 
Worldwide Hotels kini memiliki dan mengurus 6 jenama hotel di Singapura; Hotel Boss, V Hotel, Hotel Mi, Value Hotel, Venue Hotel dan Hotel 81. Jenama-jenama ini merangkumi lebih 6,500 buah bilik dalam 38 buah hotel, menjadikan Worldwide Hotels sebagai kumpulan hotel berskala sederhana Singapura yang terbesar di dalam negeri.
 

Owned & managed
 
    
 
       
 
Arkib Buletin Discover Worldwide
2021 April       2021 Jan      2020 Oct      2020 July      2020 Jan      2019 Oct